Jumaat, 25 Disember 2009

SELAMAT DATANG

THE QURAANIC THERAPY
SELAMAT DATANG

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

" Assalammu'alaikum Wr. Wb. "

" Segala Puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam. Shalawat serta salam selalu tercurah keharibaan Rasulullah SAW, keluarganya, para sahabatnya, dan umatnya hingga akhir zaman. Salam Sejahtera dari Pusat Rawatan Madinatul Asrar "

" Semoga Allah selalu mencurahkan kepada Kita Rahmat, Taufiq, Hidayah, Anugerah dan Rezeki-NYA serta meningkatkan Iman Taqwa dan Ibadah serta memberi jalan yang terang. "

" Mengucapkan Salam Maal Hijrah 1431 dan Tahun Baru 2010, Semoga di tahun yang baru lebih Baik, lebih berhasil, lebih sukses dari tahun-tahun sebelumnya ".

" Bagi yang pada ketika ini sedang sakit semoga segera sembuh, bagi yang sedang dalam kesulitan, semoga segera memperoleh jalan keluar terbaik, lepas dari kesulitannya ".

" Tiada yang lebih Indah di Dunia ini selain Jalinan Persaudaraan dan Kasih Sayang, Terimalah Website Pusat Rawatan Madinatul Asrar ini sebagai Tanda Kasih Sayang dan Jalinan Persaudaraan Kami untukmu Wahai Saudaraku. "

" Semoga dengan membaca isi Website Terapi Ruqyah Syar'iyyah & Rawatan Alternatif Komplementari Sarawak Madinatul Asrar ini, memperoleh khazanah Ilmu yang bermanfaat untuk Dunia dan Akhirat, kerana dengan membacalah, Hikmah itu terkuak, yang kemudian Kita amalkan untuk menuai berbagai Kebajikan dan Kemuliaan disisi Allah SWT. "

Terapi Ruqyah Syar'iyyah & Rawatan Alternatif Komplementari Sarawak Pusat Rawatan Madinatul Asrar yang bersumber kepada Al-Qur'an dan Hadits, telah dikenal sejak berabad-abad yang lalu sebagai pengubatan Ruqyah, dan berbagai pengubatan lainnya secara syar'i, hasil pembelajaran dari berbagai kitab-kitab pengubatan Islami, pengubatan para Nabi & Rasul, kitab-kitab rahsia pengubatan para Wali Allah dan menggali lebih dalam lagi dari Al-Qur'an yang kini telah dikenal sebagai Ilmu Pengubatan Teknologi Al-Qur'an.

Ketahuilah bahwa info-info di Web-site ini Insya Allah dapat dijadikan rujukan oleh setiap orang yang memiliki komitmen penuh terhadap ajaran Islam, dan juga oleh mereka yang gemar mempelajari Teknologi Al-Qur'an berupa ilmu pengubatan, dan berbagai kaedah pengubatan lainnya. Atau setidaknya untuk meningkatkan Iman, Taqwa dan Ibadahnya serta menambah wawasan pengetahuan dan keyakinan terhadap efektiviti pengubatan, do'a, dzikir dan berbagai keilmuan secara Islami pada setiap zaman dan tempat......

" Yaa Allah, Anugerahkanlah kepada Kami Ilmu-MU, Rezeki-MU yang tiada habis-habisnya dan berguna untuk Kehidupan Kami di Dunia ini menuju Syurga-MU, serta Kesihatan yang baik, dan Kesembuhan bila Kami sakit.... Aamiin. "

PENGENALAN

PUSAT RAWATAN MADINATUL ASRAR

Selamat Datang ke Pusat Rawatan Madinatul Asrar.

Pusat Rawatan Madinatul Asrar telah ditubuhkan untuk memberi perkhidmatan perubatan kepada semua golongan masyarakat, terutamanya bagi mereka yang inginkan perkhidmatan yang berkonsepkan Islam.

Pelbagai lapisan masyarakat dan kaum dapat menikmati kualiti dan kecekapan perkhidmatan yang kami sediakan kerana Pusat Rawatan Madinatul Asrar sentiasa mengutamakan kepuasan pelanggan dengan mesra, cekap dan ikhlas, prihatin dan kreatif serta semangat ukhwah yang penuh tanggungjawab.

Pusat Rawatan Madinatul Asrar menggunakan kaedah pengubatan dimanfaatkan melalui pendekatan secara Saintifik,ilmiah dan moden digabungkan dengan kaedah pengubatan Alternatif seperti herba,homoepathy,mesin,Islamic Medic Spa,terapi Kecantikan, akupuntur, Urutan, Aromaterapi,Bekam,dan sebagainya.Kami cuba untuk menawarkan kaedah rawatan yang lengkap,eklusif dengan harga yang berpatutan dan murah dan mampu untuk dinikmati oleh semua golongan.

Visi Dan Misi::
• Visi
o Pusat Rawatan Madinatul Asrar menjadi sebuah Pusat Perubatan yang menawarkan khidmat berkualiti menjadi pilihan utama masyarakat.
• Misi
o Pusat Rawatan Madinatul Asrar sentiasa mengutamakan kepuasan pelanggan dengan memberi perkhidmatan yang mesra, cekap dan ikhlas, prihatin dan kreatif.

• Paradigma Pusat Rawatan Madinatul Asrar

o Kaedah "Back To Nature Back To Medicinal Herbs" dalam bidang perubatan.
o Berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan hingga ke tahap cemerlang.
o Perkhidmatan cekap dan mesra
o Sistem yang efisyen
o Harga yang berpatutan
o Berusaha meningkatkan ciri-ciri Islam

Objektif Terapi Terapi Ruqyah Syar'iyyah & Rawatan Alternatif Komplementari Sarawak Pusat Rawatan Madinatul Asrar

Memperkenalkan dan mendedahkan kepada masyarakat Islam tentang rawatan Al-Quran yang diamalkan oleh Rasullullah SAW,para sahabat dan umat Islam umummnya dalam merawat penyakit rohani dan jasmani serta dari gangguan jin dan syaithan.

(i)Pusat Rawatan Madinatul Asrar berhasrat menubuhkan Kumpulan/Team Ruqyah Syar'iyyah di Sarawak dengan tujuan membantu masyarakat Islam dalam menghadapi gangguan jin,sihir,santau dan sebagainya.
(ii) Membantu Mendekatkan masyarakat Islam dengan agamanya melalui Ruqyah Syar'iyyah sebagai wadah.
(iii) Menjelaskan kepada masyarakt tentang adanya kaedah rawatan secara Islam dan mengubah mentaliti/pemikiran dan tanggapan masyarakat daripada mendapatkan rawatan yang tidak syarie kepada rawatan yang syarie.
(iv) Menjelaskan kegiatan yang berkaitan dengan penjagaan,pencegahan atau rawatan dengan Ruqyah Syar'iyyah ini hendaklah benar-benar diniatkan untuk Allah SWT dan hendaklah ia diterima dan difahami sebagai bahagian yang tidak terpisahkan dari amalan ibadah yang diajarkan oleh Islam kepada setiap Muslim dan tidak dikhususkan hanya untuk meruqyah semata-mata. Setiap Muslim yang komited dengan ajaran Islam memiliki kemampuan untuk meruqyah dan ini merupakan amanah Allah untuk membantu saudara Muslim yang lain.


Info Kemudahan Ringkas :

Pendaftaran:
Pusat Rawatan Madinatul Asrar menyediakan teknologi perkhidmatan terkini dalam proses pendaftaran para pelanggan. Pendaftaran lebih mudah dan cepat. Pusat Rawatan Madinatul Asrar akan memastikan masa menunggu pelanggan dipercepatkan.

Tempat Menunggu:
Keselesaan pelanggan Pusat Rawatan Madinatul Asrar amat diutamakan. Dengan ini Pusat Rawatan Madinatul Asrar sentiasa memastikan kawasan menunggu selesa, bersih dan ceria. TV dan kemudahan membaca akhbar tempatan juga disediakan. Tempat duduk juga mencukupi dan selesa untuk menampung jumlah pelanggan yang ramai.

Farmasi:
Pusat Rawatan Madinatul Asrar menyediakan ubat-ubatan seperti Madu,Habbatus Sauda,Garam,Minyak Zaitun,Air Zam-Zam,Homoepathy,Minyak Aromaterapi dan Herba Anugerah Alam dll yang terbaik. Pusat Rawatan Madinatul Asrar memastikan ubat-ubatan ini sesuai dengan sakit pelanggan kami.Ubatan yang kami sediakan bebas dari bahan kimia dan selamat digunakan.

Bilik Rawatan:
• Pusat Rawatan Madinatul Asrar menyediakan bilik rawatan yang berhawa dingin lengkap dengan set televisyen,sofa, dan bilik air.

Islamic Medic Spa:
• Pusat Rawatan Madinatul Asrar menawarkan perkhidmatan Spa Kecantikan Estetik Profesional berasaskan terapi Hidroterapi /terapi ozon/oksigen menggunakan mesin khusus SG-2000,minyak aromaterapi tulin,dilengkapi jaquzzi,steam bath,aerospace infrared slimming beauty space,deluxe infrared slimming sauna house, dll

Slimming
Lymphatic Drainage Vacuum,Aerospace infrared slimming beauty space,slimming machine,single steam wooden sauna,jaquzzi,losyen dll

Beauty
Diamond dermabrasion,light&heat energy,miracle bio wave,bionic celler,dll

Produk
Phyto Green Detox,Sinusitis Liquid Herbal,Minyak Zakar Perkasa Alam,dll

NASIHAT

Jin yang masuk ke dalam tubuh manusia, merupakan jin yang bodoh atau zalim kerana kemahuannya untuk tetap berada dalam tubuh manusia. Kalau dia berdegil, maka bacakan kepadanya ayat-ayat yang telah dijelaskan terdahulu, dengan pembacaan tersebut ia dapat melancarkan ancaman terhadap syaitan atau jin. Lancarkan serangan terhadapnya dengan membaca Ayat Kursi, Surah Yasin, Surah Ash-shaffat, Surah Ad-Dukhan, Surah Al-Hasyr dan Surah Al-A'la.


Boleh dilakukan pukulan, khususnya pada bahu & belakang, tangan & kaki, jari-jari tangan & kaki. Percayalah, bahawa jin itulah yang akan kesakitan dan bukan orang yang kita pukul itu. Sertai pukulan-pukulan tersebut dengan membaca ayat-ayat Al-Qur'an, sambil itu tetap memperhatikan jikalau jin yang mengeram dalam tubuh orang itu lebih dari satu. Mereka bergerak-gerak dalam gerakan tubuh si pesakit secara bergantian, agar dapat memperingan pukulan terhadap diri mereka dan untuk menipu manusia. Malahan ada pula Jin yang sudah berpengalaman dan berusaha untuk melarikan diri. Ketika orang yang mengubati si pesakit itu pergi, dia kembali lagi masuk ke dalam tubuh si pesakit.


Di antara jin, ada yang memperoleh kekuatan yang sangat besar untuk bertahan dalam tubuh manusia, kerana adanya orang yang meminta bantuan seorang penyihir atau tukang ramal. Dengan cara itu, si jin meminta sesajian atau apa saja untuknya, lalu orang tersebut menuruti permintaannya. Sesudah demikian, jin tersebut tidak akan mahu keluar dari tubuh si pesakit kecuali dengan berulang kali mengajukan permintaannya. Kalau begitu, tolak saja permintaannya. Ancam dan peringatkan dia dengan azab Allah dengan membacakan ayat-ayat Al-Qur'an.


Jika anda melihat mata si pesakit menitikkan air mata, saat anda membacakan ayat-ayat Al-Qur'an, lalu menangis tersedu-sedu tanpa sebab yang jelas, maka hendaklah anda ketahui bahawa kondisi seperti itu adalah kondisi penyurupan jin dalam tubuh manusia. Bentuknya kecil dan kuat, tetapi sangat jahat dan degil.


Apabila jin tersebut berbicara melalui mulut si pesakit dan berperilaku buruk terhadap anda, maka jangan balas dengan sikap yang sama. Tetapi perlihatkan kepadanya akhlak seorang Muslim dengan kuat dan percaya diri. Kalau dia tetap berlaku buruk, maka ambillah segelas air dan bacakan padanya Surah Yasin, Surah Ash-Shaffat, Surah Ad-Dukhan, Surah Al-jin atau salah satu di antaranya. Minumkan air tersebut kepada si pesakit dengan niat semoga Allah memberi petunjuk kepada jin tersebut, dan bukan membunuhnya. Dia pasti akan menjadi lemah, Insya' Allah, tunduk kepada anda, lalu meminta dikeluarkan. Kalau sudah begitu, mintalah dia berjanji untuk tidak mengulangi kezalimannya. Bantulah dia keluar dari tubuh si pesakit dari ibu jari kaki sebelah kiri, sementara anda membacakan azan di telinga kanan si pesakit.


Apabila dengan anugerah Allah jin tersebut keluar dari tubuh si pesakit, maka bersyukurlah kepadaNya kerana apa saja yang berbahaya atau bermanfaat adalah dari Allah S.W.T., sedangkan kita hanyalah perantara dan sarana semata.




HAKIKAT YANG SEBENARNYA

Sesungguhnya, manusialah yang menjerumuskan diri sendiri dalam bahaya. Menyimpang dari petunjuk Allah, membawa akibat yang harus dibayar mahal dalam kehidupannya di dunia, dan kerugiannya dari memperolehi redha Allah dan nikmatNya di Akhirat.
Di antara bahaya yang akan menimpa diri manusia sendiri adalah ketika mumbuka pintu yang akan menghubungkan dirinya dengan syaitan-syaitan dan jin-jin jahat, dengan apa jua jalan yang sangat berbahaya, sehingga jin dan syaitan itu dapat menguasai dirinya.

Jalan-jalan berbahaya tersebut dapat di kategorikan seperti berikut :-
1) Godaan (an-nazgh) ; 2) Bisikan Syaitan (al-hamaz) ;
3) Tiupan (an-nafkh) ; 4) Kehadiran Jin atau Syaitan (al-hudhur) ;
5) Sentuhan Syaitan (al-mass) ; 6) Kesenangan Jin atau Syaitan (al-istimta') ;
7) Was-was ( al-waswasah ) ; 8) Hasutan ( al-'uzz ) ;
9) Turunnya Syaitan ( at-tanazzul ) ;
10) Mengorbankan Nafsu Shawat ( al-istihwa' ) ; 11) Lupa ( ath-tha'if )





PENUTUP


Al-Quran adalah petunjuk dan penawar (ubat) bagi penyakit yang ada di dalam hati.

Al-Quran disamping mendapat pahala kerana membacanya, juga merupakan pelindung/pembenting diri dari gangguan/kejahatan syaithan dan sejenisnya.

Ruqyah Syar'iyah adalah solusi bagi umat Islam dalam membebaskan diri dari gangguan/kejahatan syaithan, jin dan makhluk halus.

Hukum mendatangi dukun, bomoh, paranormal adalah haram.

Haram mempelajari ilmu sihir, mengamalkannya dan mengajarkannya.

Sihir mempunyai pengaruh di dalam diri manusia.

Setiap Muslim agar membentengi diri masing-masing dengan dzikir dan doa.

Syaithan tidak dapat mengganggu orang yang bertaqwa.

Hasad (dengki) adalah sifat buruk yang harus dijauhi oleh setiap Muslim.

Segala bantuan syaithan/jin yang diberikan kepada manusia itu harus dibayar dengan upah berupa syarat-syarat yang sifatnya memurtadkan.

Hendaknya setiap ibu bapa mengajarkan tauhid (ajaran tentang keimanan terhadap Allah SWT) kepada anak-anak.


Wa'allahu A'lam

Sampai di sini kami mengakhiri susunan lelaman ini. Semoga apa yang terkandung di dalamnya adalah merupakan nikmat bagi mereka yang mengambil manfaat darinya. Mudah-mudahan Allah SWT memberikan kita semua taufik untuk memperolehi kebahagian dan keberhasilan di dunia dan di akhirat. Sekiranya ada kesilapan di dalam penyampaian di dalam lelaman ini, harap dapatlah pembaca memaafkan kami. Yang benar itu dari Allah dan silap itu dari kami sendiri.


"Ya Allah, bukakanlah bagi kami segala rahsia kalamMu agar kami dapat mengambil manfaatnya. Limpahkanlah kurnia rahmatMu, wahai Pemberi Rahmat. Ya Allah, masukkanlah kami di dalam golongan orang-orang yang selalu mengingatiMu, selalu mensyukuri segala nikmat yang Engkau limpahkan ke atas kami."

BERDIALOG DENGAN JIN

CONTOH PERTAMA


Percakapan antara Syeikh Wahid Abdul Salam dengan jin yang pernah masuk ke dalam tubuh seseorang.


SYEIKH : Siapakah namamu?
JIN : Syeikh Muhammad.


SYEIKH : Mengapa kamu masuk ke dalam tubuh perempuan ini?
JIN : Kerana dia memijakku di bilik mandi.


SYEIKH : Tinggalkanlah dia demi ketaatan mu kepada Allah.
JIN : Tidak, saya tidak mahu meninggalkannya.


SYEIKH : Jika kamu tidak mahu meninggalkannya, maka dengarkanlah, ( Lalu Syeikh itu membacakan awal Surah As-Shaffat hingga jin itu merasa sakit serta menangis dan berkata ) "Saya akan keluar dari tubuh wanita ini".
SYEIKH : Keluarlah kamu sekarang. Akan tetapi jin itu berbohong.
SYEIKH : Kalau kamu tidak juga mahu keluar, maka dengarkanlah! Lalu saya membaca untuknya awal dari surah Al-Jin.
JIN : Baiklah aku akn keluar.


SYEIKH : Setelah mengucapkan Assalamu'alaikum, jin itupun keluar. Segala puji untuk-Mu ya Allah.



CONTOH KEDUA


Seorang perempuan sakit pernah datang kepada Syeikh, lalu Syeikh membacakan kepadanya Surah Al-Fatihah, tidak lama selepas itu, jin yang menganggunya itupun datang.


SYEIKH : Siapakah namamu?
JIN : Namaku Muhammad.
SYEIKH : Saya adalah seorang Muslim.
JIN : Saya juga Muslim.


SYEIKH : Adakah jin yang lain yang bersama denganmu dalam tubuh perempuan ini?
JIN : Bersama denganku ada jin yang beragama Nasrani namanya Subhi.


SYEIKH : Suruh dia datang, aku ingin berbicara dengannya. Kemudian jin itu memanggilkan jin yang bernama Subhi.
SYEIKH : Siapakah Namamu?
JIN : Namaku Subhi


SYEIKH : Apakah kamu beragama Islam?
JIN : Tidak, saya adalah seorang Kristian.


SYEIKH : Berapa umurmu?
JIN : 18 Tahun


SYEIKH : Apakah kamu bekerja dengan tukang sihir?
JIN : Ya, saya bekerja dengan seorang perempuan tukang sihir dari daerah Dasuq.


SYEIKH : Lalu saya menawarkan kepadanya supaya dia masuk ke dalam agama Islam, lalu dengan kerelaan hatinya dia mahu masuk Islam.
SYEIKH : Apakah kamu masuk ke dalam agama Islam ini betul-betul dari lubuk hatimu ataukah hanya sekadar dengan lidahmu?
JIN : Dari lubuk hatiku. ( Sambil menangis ): Akan tetapi saya telah banyak menyakiti orang.


SYEIKH : Mudah-mudahan Allah akan mengampunimu. Oleh kerana itu, bertaubatlah kamu dengan sebenar-benar taubat.
JIN : Akan tetapi saya tidak pandai berwhuduk dan solat.


SYEIKH : Apakah kamu kenal dengan jin yang beragama Islam?
JIN : Saya tidak mengetahuinya kecuali yang saya tahu hanya jin yang beragama Kristian dan gereja sahaja.


SYEIKH : Kamu boleh datang ke masjid tempat kami solat, kemudian kerjakanlah solat bersama kami dan berkenalan dengan saudara-maramu dari jin Mukmin dan belajarlah perkara agama daripadanya.
SYEIKH : Apakah kamu masih akan tetap bekerja dengan tukang sihir itu?
JIN : Tidak, kerana agama Islam melarang berbuat demikian


SYEIKH : Kemudian jin yang telah masuk Islam itupun berjanji kepada Allah dan keluar dari tubuh perempuan itu. Semoga Allah akan menguatkan agama Islam yang telah dipeluknya. Selepas itu jin yang bernama Muhammad datang dan aku tanyakan kepadanya: Apakah kamu mendengar peritiwa yang baru saja terjadi?
JIN : Ya, saya mendengarkannya.


SYEIKH : Bagaimana perasaanmu?
JIN : Sangat senang, kerana dia telah masuk ke dalam agama Islam.


SYEIKH : Selepas itu jin bernama Muhammad tersebut berjanji kepada Allah dan tak lama kemudian ia pun keluar dari tubuh perempuan itu. Semuanya ini hanyalah kurnia dari Allah.



CONTOH KETIGA


Datang seorang perempuan kepada Syeikh dalam keadaan mengeluh kerana rasa sakit di badannya. Setelah Syeikh memeriksanya ternyata dalam tubuh wanita tersebut ada jin, lalu Syeikh membacakan ayat-ayat sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu, maka datanglah jin yang bernama Zainab Abdul Maujud, maka terjadilah percakapan antara Syeikh dengan jin itu :


SYEIKH : Apakah agamamu?
JIN : Islam.
SYEIKH : Apakah bacaan Al-Qur'an dapat berpengaruh terhadap jin yang beragama Islam?
JIN : Ya.


SYEIKH : Surah-surah apakah yang dapat berpengaruh kepada jin?
JIN : Sebagaimana surah-surah yang kau perintahkan untuk membacanya, iaitu surah Yasin, Ad-Dukan, As-Shaffat dan Al-Jin.


SYEIKH : Bagaimana dengan surah Al-Baqarah?
JIN : Juga sangat besar pengaruhnya, bahkan membakarnya.


SYEIKH : Apakah perempuan yang kamu masuki ini membaca ayat-ayat Al-Qur'an tersebut?
JIN : Ya, setelah dia mengerjakan amalan-amalan tersebut saya pun menjadi lemah hingga saya merasa kesakitan, dia juga membaca doa ketika makan, sehingga saya tidak dapat makan bersamanya. Jika ia lupa membacanya pada waktu dia akan makan, dia membaca: "Bismillahi awwalihi wa akhiri", lalu saya memuntahkannya kembali apa yang telah saya makan.


SYEIKH : Apakah perbezaannya antara jin dan syaitan?
JIN : Syaitan juga adalah jin akan tetapi dia kafir dan membangkang. Selepas itu jin itu berkata: Lepaskan aku!


SYEIKH : Dari manakah kamu akan keluar?
JIN : Dari mulut perempuan ini.


SYEIKH : Sambil mengucapkan "Assalamu'alaikum" jin itupun pergi. Semuanya ini adalah kurnia dari Allah SWT.

SIHIR DAN RAWATAN UNTUK PEMULIHAN

SIHIR DAN RAWATAN UNTUK PEMULIHAN




Takrif Dan Pengertian Sihir:



Syeikh al-Zahri menafsirkan sihir sebagai berikut: "Sihir ialah amal perbuatan yang dilakukan dengan cara mendekatkan diri kepada syaitan dan meminta tolong kepadanya."

Pengertian asal kalimat 'sihir' itu sendiri ialah 'memalingkan sesuatu dari hakikatnya kepada selainnya.' Maka, orang yang kena sihir melihat kebatilan sebagai kebenaran dan membayangkan sesuatu tidak menurut yang sebenarnya.

Pendapat Ibnu Qadamah: 'Sihir ialah ikatan, jampi dan perktaan yang diucapkan atau ditulis atau dibuat sesuatu yang mendatangkan kesan dan akibat buruk terhadap tubuh orang yang disihir atau terhadap hati dan akalnya tanpa menyentuhnya secara langsung.'

Cara Tukang Sihir Mendekati Syaitan:

Sesetengah tukang ada yang menjadikan al-Quran sebagai alas kaki untuk masuk ke tandas. Ada yang menulis sebahagian ayat al-quran dengan menggunakan kotoran atau menulisnya dengan darah haid.

Ada yang menulis sebahagian ayat al-Quran di telapak kaki atau menulis al-Fatihah secara songsang, dimulai dari akhir ayat dan berakhir di awalnya, hingga rosak ayat tersebut.Ada yang solat tanpa wudhuk atau dalam keadaan berjunub. Ada pula yang menyembelih untuk syaitan dan tidak menyebut nama Allah s.w.t. pada waktu menyembelih kemudian membalingkan sembelihan tersebut ke suatu tempat yang telah ditentukan oleh syaitan.

Justeru, sejauh mana kekafiran seseorang tukang sihir maka sejauh itu pula ketaatan syaitan kepadanya dan semakin cepat melaksanakan perintahnya. Sekiranya tukang sihir tidak mahu melaksanakan kekafiran-kekafiran yang disuruh oleh syaitan maka syaitan pun tidak akan bersedia menjadi khadamnya.

Kesimpulannya ialah bahawa tukang sihir dan syaitan adalah dua pihak yang bekerjasama untuk bermaksiat kepada Allah S.W.T.

Jika kita perhatikan wajah tukang sihir maka akan nampak kegelapan kekufuran meliputi wajahnya seperti mendung hitam.

Sekiranya anda berkenalan dengan tukang sihir secara lebih dekat maka anda akan menyaksikan kehidupannya sentiasa dalam sengsara. dia tidak pernah hidup tenang dan damai bersama isteri,anak-anak ataupun dirinya sendiri. Dia tidak boleh tidur tenang, bahkan sentiasa cemas dalam tidurnya. Bukan hanya terhad kepada dirinya, malah syaitan-syaitan itu sering menyakiti anak-anak dan isterinya dan menimbulkan pertengkaran di kalangan mereka. Maha Benar Allah yang berfirman:"Dan sesiapa yang enggan mengingatKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan kelak pada hari kiamat Kami himpunkan dia dalam keadaan buta."

Jenis-jenis Sihir:

1. Patung-Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.

2. Santau-Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir.

3. Telur Layang-Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.

4. Tangkal Dan Azimat-Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za'faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.


5. Sihir Pembenci Dan Kasih Sayang-Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.


Teknik Merawat Orang Yang Kena Sihir:

Firman Allah S.W.T. :
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ وَلاَ يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إَلاَّ خَسَارًا
“Dan Kami turunkan dari Al Qur’an suatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (QS. Al Israa’:82)

Sesetengah ulama mengatakan bahawa maksud 'syifa' (penawar) di sini ialah syifa' maknawi (ubat spiritual) seperti keraguan, unsur syirik, kefasikan dan kejahatan. Ada juga mengatakan syifa' maknawi sekaligus sebagai syifa' hissi (ubat fizikal).

Dalam hadis yang diriwayatkan dari A'isyah r.ha. bahawa Rasulullah s.a.w. masuk kepadanya ketika ada seorang wanita yang sedang dirawat dan dibacakan ruqyah, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya:" Ubatilah dengan kitab Allah.'

Dari hadis di atas dapat diperhatikan Rasulullah s.a.w. menyebutkan secara umum dan baginda tidak menyebutkan ayat-ayat tertentu atau surah-surah tertentu. Dengan itu jelas sekali bahawa al-Quran seluruhnya adalah syifa' (penawar/ubat).

Pengertian Ruqyah:

Ruqyah biasa dikenali sebagai jampi-jampi atau mantera. Ruqyah secara syar'i (Ruqyah Syar'iyah) adalah jampi-jampi yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir atau untuk perlindungan dan sebagainya dengan HANYA menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang bersumber dari hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang dapat difahami maknanya selama tidak mengandungi unsur kesyirikan.

Jenis-jenis Sihir:

1.Sihir Pemisah
Takrif: Sihir pemisah ialah sihir yang digunakan untuk memisahkan pasangan suami-isteri atau untuk menimbukan kebencian dan permusuhan antara dua sahabat atau antara dua rakan kongsi.

Jenis-jenis Sihir Pemisah:

• Memutuskan hubungan antara seseorang dengan ibunya.
• Memutuskan hubungan antara seseorang dengan ayahnya.
• Memutuskan hubungan antara seseorang dengan saudaranya.
• Memutuskan hubungan antara seseorang dengan kawannya.
• Memutuskan hubungan antara seseorang dengan rakan kongsinya dalam perniagaan atau seumpamnya.

Memisahkan hubungan antara seorang suami dengan isterinya. Inilah jenis yang paling bahaya dan paling banyak berlaku di dalam masyarakat.


Tanda-tanda Sihir Pemisahan:

• Perubahan tiba-tiba dari cinta menjadi benci.
• Berlaku keraguan antara suami-isteri.
• Enggan meminta maaf.
• Membesar-besarkan perselisihan walaupun penyebabnya amat kecil.
• Pandangan yang buruk seorang suami terhadap isterinya dan sebaliknya. sehingga seseorang suami melihat isterinya sangat hodoh, walalupun di mata orang lain isterinya itu sangat cantik. Berlaku juga isteri melihat suaminya dalam keadaan wajah yang menakutkan.
• Orang yang kena sihir pemisah akan merasa benci setiap perbuatan yang dilakkan oleh isterinya atau suaminya.
Orang kena sihir pemisah ini benci kepada suaminya ada di rumah, misalnya isteri melihat suami di luar rumah seperti biasa, tetapi ketika masuk rumah, dia merasa amat benci.

Al-Hafiz Ibnu Kathir menjelaskan: Sebab perceraian antara suami isteri akibat sihir ialah bayangan suami atau isteri terhadap pasangannya dalam rupa atau perilaku yang buruk atau sebab-sebab lainnya yang boleh menimbulkan perceraian.

2.Guna-guna (Sihir Percintaan)

Tanda-tanda sihir percintaan (guna-guna):
• Gelora cinta yang membuak-buak/keterlaluan.
• Hasrat yang berlebihan untuk melakukan hubungan seks.
• Sukar mengawal cintanya.
• Rindu bayang yang berlebihan.
Patuh secara membuta-tuli.

Sebab-sebab berlakunya sihir percintaan (guna-guna):
• Timbulnya berbagai-bagai masalah sehingga menimbulkan perselisihan suami-isteri.
Perasaan cemburu seorang wanita. Mereka selalu cemas suaminya akan lagi.

3.Memperdaya Pandangan (Hipnotis)

Tanda-tanda hipnotis:

• Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak dan sebaliknya.
• Melihat yang kecil menjadi besar dan sebaliknya.
Melihat sesuatu tidak sebagaimana yang sebenarnya, seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah Nabi Musa a.s.


Melawan sihir hipnotis:
• Azan
• Membaca ayat al-Kursi
• Zikir-zikir yang disyariatkan tentang mengusir syaitan.
• Membaca isti'azah dan basmalah.
Baca dalam keadaan berwudhu'. Sekiranya setelah dilakukan seperti yang di atas, sihir tersebut tidak hilang maka bermakna dia tukang silap mata yang bersandar pada kecekapan tangan, bukan tukang sihir.

4.Sihir Membuat Orang Jadi Gila

Tanda-tanda sihir gila:

• Jadi bingung/bodoh dan pelupa.
• Cakap merapu
• Mata layu
• Tidak tenang pada satu-satu tempat. Sentiasa resah dan bergerak kesana-sini.Tidak boleh diam setempat.
• Tidak mampu meneruskan pekerjaan tertentu.
• Pakaian selekeh. Tidak pedulikan penampilan diri.
Berjalan tidak tentu arah. tiada tujuan matlamat. Kadang-kadang suka tidur di tempat sunyi.

5. Sihir Membuat Orang Tidak Bermaya

Tanda-tandanya:

• Suka berseorangan.
• Mentup diri sepenuhnya.
• Diam berterusan.
• Tidak suka bertemu orang.
• Fikiran melayang.
• Selalu pening.
Lesu dan tidak bermaya

6. Sihir Mendengar Panggilan
Tanda-tandanya:
• Selalu mengalami mimpi ngeri.
• Bermimpi mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tetapi tidak melihat orannya.
• Selalu was-was.
• Selalu meragukan teman dan orang-orang yang dicintainya.
• Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat tinggi.
Mimpi melihat haiwan mengejarnya.


7. Sihir Membuat Penyakit

Tanda-tandanya:
• Selalu sakit pada salah satu anggota badan.
• Saraf tersumbat.
• Lumpuh salah satu anggota tubuh
• Lumpuh menyeluruh.
Tidak berfungsi salah satu pancaindera.

Perhatian: Sebahagian tanda ini sama dengan tanda-tanda penyakit medik tetapi ianya dapat dibezakan dengan membacakan ruqyah kepada pesakit. Pesakit ini selalunya disahkan tiada penyakit oleh doktor perubatan walaupun beliau mengadu sakit. Pesakit akan merasa pening, gementar atau berlaku perubahan pada tubuhnya waktu dibacakan ruqyah, maka penyakit itu adalah akibat dari gangguan atau sihir.


8. Sihir Pendarahan

Sihir ini berlaku kepada wanita. Seorang tukang sihir menghantar jin kepada wanita yang hendak disihirnya. Jin itu diberi tugas untuk mengeluarkan darah dengan cara masuk ke dalam tubuh wanita tersebut dan berjalan di urat-uratnya bersama darah.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Syaitan berjalan di dalam tubuh manusia pada peredaran darah.

Sekiranya jin ini telah sampai ke otot yang ada di rahim wanita maka dia mengoyaknya sehingga otot tersebut mengalirkan darah.

9. Sihir Menahan Pernikahan

Tukang sihir mengerjakan sihir dengan menugaskan satu atau beberapa jin supaya mendekati gadis yang menjadi sasarannya hingga dapat masuk kepadanya. Jin ini berhasil memasuki tubuh gadis tersebut dalam salah satu keadaan berikut:
• Takut yang bersangatan
• Marah yang tidak terkawal
• Lalai berlebihan
Di puncak gelora nafsu syahwat

Jin tersebut akan melakukan satu antara dua:
• Masuk ke dalam wanita tersebut lalu menyebabkan dia merasa benci kepada setiap calon suami yang mengemukakan lamaran kepadanya.
Atau jin tersebut tidak boleh masuk lalu menyihir 'menipu penglihatan' dari luar lalu dibayangkan oleh kaum lelaki bahawa wanita tersebut berwajah buruk kemudian membisikkan perkara ini kepadanya, dan hal yang sama juga dilakukannya kepada wanita tersebut.

Kemudian setiap lelaki yang telah mengemukakan lamarannya kepada wanita tersebut tidak mahu menerimanya sekalipun pada awalnya telah bersetuju, setelah beberap hari lelaki tersebut mengembalikan lamaran, akibat bisikan syaitan kepadanya.

Tanda-tanda sihir menahan pernikahan:

• Pening kepala yang berterusan, tidak berhenti sekalipun diberi ubat doktor.
• Sesak di dada terutama setelah asar hingga tengah malam.
• Melihat pelamar bermuka hodoh.
• Banyak berfikir (fikiran melayang).
• Selalu gelisah waktu tidur.
• Selalu rasa sakit di perut.
Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.

Fakta Penting Tentang Sihir:
• Kemungkinan ada kesamaan antara tanda-tanda sihir dan tanda-tanda kerasukan/kesurupan.
• Rasa sakit terus menerus di perut orang yang disihir petanda sihir tersebut berupa makanan atau minuman.
• Tidak akan dapat melakukan rawatan secara Islam melainkan2 syarat:
i. Istiqamah orang yang merawat melaksanakan perintah Allah.
ii. Keyakinan pesakit akan kemujaraban rawatan al-quran.

• Hampir semua jenis sihir memiliki tanda ini: "Merasa sesak di dada terutama pada waktu malam."
Anda dapat mengetahui tempat sihir dengan 2 perkara:

• Pemberitahuan jin yang diberi tugas melakukan sihir itu, tetapi jangan terus percaya sebelum anda mencari sihir di tempat yang disebutkan. Sekiranya anda jumpa bermakna dia jujur tetapi jika tidak maka ketahuilah bahawa jin suka berbohong.
Pesakit atau perawat solat 2 rakat dengan sungguh-sungguh, ikhlas, tenang dan khuyuk pada sepertiga malam lalu berdoa kepada Allah supaya Allah berkenan menunjukkan tempat sihir.Setelah itu mungkin dapat mimpi melihatnya atau datang perasaan tertentu kepada perawat atau pesakit. Mungkin juga akan rasa keyakinan yang kuat tentang tempat sihir tersebut.

Anda boleh membaca ruqyah di minyak habbatus sauda' dan gosokkan minyak tersebut setiap hari pagi dan petang di tempat yang sakit.

ANGKARA SIHIR IKATAN

Suami yang tidak boleh menggauli isterina disebut 'terikat'. Suami yang terikat, walaupun dari segi fizikalnya normal dan tidak sakit tetapi tidak mampu menggauli isterinya.


Sekiranya kita ingin mengetahui bagaimana berlaku ' ikatan' tersebut maka kita mesti mengetahui terlebih dahulu bagaimana proses menegangnya zakar kaum lelaki.

Proses Rangsangan Seksual Kaum Lelaki:
Sebagaimana sudah sama-sama kita maklumi bahawa alat kelamin kaum lelaki merupakan daging yang elastik, bila darah memancar kepadanya maka akan berlaku penegangan dan andainya darah kembali seperti biasa maka ia pun mengecil dan lemah.

Proses penegangan melalui 3 peringkat:

• Pertama:Ketika berlaku rangsangan seksual kepada kaum lelaki maka biji 'testis' kantong benih akan mengeluarkan hormon yang dituang di dalam darah sehingga hormon tersebut sampai kek ulit kepala dan memenuhi tubuh yang mirip dengan aliran elektrik.
• Kedua:Rangsangan seksual sampai ke pusat yang khusus menerimanya di otak.
Ketiga:Kemudian pusat rangsangan seksual di otak tersebut mengirim isyarat-isyarat cepat ke pusat otot-otot kelamin di tulang punggung. Ketika itu terbukalah pintu yang tadinya tertutup sehingga darah mengalir dengan deras di organ-organ seksual mengarah ke kemaluan dan terpancar darah di dalamnya hingga berlakulah penegangan.


Cara berlakunya 'ikatan' Kaum Lelaki:

Mula-mula jin yang berkidmat untuk tukang sihir itu menempati otak, iaitu pusat rangsangan seksual, kemudian mengirim isyarat ke organ-organ seksual itu bekerja secara alami.

Sekiranya orang itu mendekati isterinya dan ingin melakukan hubungan seksual maka syaitan sihir tersebut melumpuhkan pusat rangsangan seksual di otak sehingga terhentilah isyarat-isyarat yang dikirim ke alat-alat yang mengalirkan darah ke kemaluan supaya ia tegang. Ketika itulah darah kembali dengan cepat dari kemaluan sehingga kemaluan menjadi lemah dan mengecil.

Maka, ketika orang berkenaan merayu isterinya, dia masih boleh tegang tetapi tetapi ketika akan menggaulinya menjadi mengecil sehingga tidak boleh
melakukan hubungan seksal dengan isterinya, kerana tegang adalah faktor utama untuk menyempurnakan hubungan seksual sebagaiaman dimaklumi.


Sering terjadi orang yang beristeri dua 'terikat' atau tidak boleh melakukan hubungan seksual dengan salah seorang dari isterinya tersebut kerana syaitan sihir menghalangi pusat rangsangan seksualnya apabila dia mendekati salah seorang dari mereka. Semua itu berlaku disebabkan oleh sihir.


Sihir membawa kebinasaan! Jauhilah semua bentuk sihir!

Kaum Wanita Yang Terikat:

Sama seperti kaum lelaki, kaum wanita juga boleh mengalami 'terikat' tersebut. 'Terikat' wanita ini ada beberapa keadaan:

• Menghalangi : "Menghalangi" iaitu seorang isteri menghalangi suaminya untuk menggaulinya, dengan cara merpatkan kedua-dua peha sehingga suami tidak boleh menggaulinya. Perkara ini berlaku di luar kehendak isteri, sampai ada salah seorang lelaki yang isterinya disihir jenis ini, ketika dimarahi suaminya maka isterinya menjawab:"Ini di luar kehendakku, bahkan dia mengatakan kepada suaminya: Ikatlah kakiku dengan rantai besi sebelum melakukan hubungan seksual supaya tidak merapat semula." Setelah sisuamii mencubnaya ternyata proses hubungan seksual pun tidak berhasil, kemudian siisteri mengisyaratkan supaya memberikan suntikan bius ketika akan melakukan persetubuhan. Kali ini hubungan boleh berlangsung tetapi hanya dari satu pihak.
• Melenyapkan Kenikmatan: Mula-mula jin yang diberi tugas oleh tukang sihir tinggal di pusat rasa di otak seorang perempuan. Apabila suaminya ingin menggaulinya maka jin itu menghilangkan sensitiviti sehingga perempuan itu merasakan kenikmatan dan tidak bertindakbalas terhadap ransangan suaminya seolah-olah dibius. Walaupun suaminya terus merangsang nafsu isterinya namun kelenjarnya tidak dapat mengeluarkan cairan yang membuatkan vagina perempuan menjadi lembab sehingga tidak boleh berlaku hubungan seksual dengan baik.
• Berlaku Pendarahan : Setiap kali suami ingin menyetubuhi isterinya, berlaku pendarahan sehingga si suami tidak boleh melakukan hubungan seksual dengan isterinya.Pendarahan ini berlaku hanya apabilasuami ingin menggauli isterinya.
• Wujud Sumbatan : Setiap kali suami ingin menyetubuhi isterinya tiba-tiba menghadapi sumbatan yang menghalang dihadapannya berupa daging yang tidak boleh ditembusi zakarnya sehingga persetubuhan tidak berhasil.
• Hilang Perawan : Apabila seorang lelaki menikah dengan seorang perawan, maka ketika menggaulinya tiba-tiba didapatinya benar-benar seperti janda tanpa ada keraguan sedikit pun, tetapi apabil. dirawat dan hilang sihir tersebut maka perempuan itu kembali perawan sebagaimana asalnya.

'TERIKAT', MATI PUCUK DAN LEMAH TENAGA BATIN

• Pertama: "Terikat" - Orang yang terikat merasa mampu sepenuhnya untuk menggauli isterinya, bahkan alat kelaminnya boleh tegang selagi jauh dari isterinya tetapi tiba-tiba jadi lemah bila nak melakukan persetubuhan.
• Kedua: Mati Pucuk - Tidak upaya untuk melakukan persetubuhan dengan isteri kerana zakar tidak boleh tegang samada dekat mahupun jauh dari isterinya.
• Berlaku Pendarahan : Setiap kali suami ingin menyetubuhi isterinya, berlaku pendarahan sehingga si suami tidak boleh melakukan hubungan seksual dengan isterinya.Pendarahan ini berlaku hanya apabilasuami ingin menggauli isterinya. Ketiga : Seorang suami tidak mampu menggauli isterinya melainkan dalam jarak waktu yang lama, dan hubungan seks yang dilakukan berlangsung sangat singkat dan cepat mengecil dan lemah alat kelaminnya setelah melakukan hubungan seks beberapa ketika.

PERHATIAN:
JIKA ANDA ATAU SESIAPAPUN YANG MENGALAMI MASALAH TERKENA SIHIR SEPERTI DI ATAS,SEGERALAH DATANG KE PUSAT RAWATAN MADINATUL ASRAR UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN.KAMI AKAN MEMBANTU ANDA!BARAKALLAHU LANA WA LAKUM.AAMIIN

INFO SANTAU DAN RAWATAN PEMULIHAN



SANTAU

Santau dan racun menurut para perawat tradisional tidak pasti perbezaannya. Ramai di kalangan mereka berpendapat bahawa kedua-duanya adalah sama. Hal ini berlaku adalah kerana bahan-bahan yang digunakan untuk membuat santau dan racun adalah sama. Rawatannya juga adalah sama.

Terdapat beberapa ciri sahaja yang boleh dijadikan panduan bagi mengenal pasti samada seseorang itu terkena racun atau santau. Pada kebiasaannya, mangsa racun akan menderita serta-merta seperti berlakunya muntah darah. Mangsa santau mengambil masa lama menyebabkan mangsa tidak menyedari sehinggalah mangsa tersalah makan seperti limau nipis dan nenas. Ini adalah kerana mangsa santau amat sensitif kepada limau nipis dan nenas.

Jenis-jenis Santau:

Santau boleh dibahagikan kepada dua jenis:

Jenis pertama: Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan peranan jin dan syaitan. Jenis ini agak mudah dirawat.

(Santau yang disediakan dan diberi makan kepada orang tertentu secara hakikat.Hakikat disini bermaksud santau yang tidak disokong dengan penggunaan ilmu sihir yang melibatkan iblis dan syaitan. Kesan santau ini semata-mata bergantung kepada kekuatan dan keberkesanan bahan-bahan yang diadunkan.Mangsa santau jenis ini boleh menemui ajalnya bergantung kepada kekuatan bahan adunan itu.Walau bagaimanapun bahan itu mudah keluar melalui saluran najis seperti proses makanan biasa).

Jenis kedua: Santau yang disertai dengan pemujaan terhadap syaitan dan syaitan. Ianya dikenali sebagai santau angin dan ianya agak sukar dirawat kerana melibatkan peranan jin.

(Santau yang disediakan daripada bahan dan kaedah tertentu menggunakan hikmat.Istilah hikmat disini bermaksud santau yang dibuat disertai pemujaan iblis dan syaitan.Santau jenis ini tidak mudah keluar melalui saluran najis.Ia akan kekal dalam badan selagi tidak dikeluarkan dengan cara tertentu.Mangsa santau walaupun telah diubati tetapi saki baki santau yang tinggal dalam badan akan membiak dan boleh menyebabkan mangsa berkenaan sakit semula).

Tanda-tanda Terkena Santau:
Jika seseorang mengalami gejala-gejala berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:
• Batuk berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
• Istihadhah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
• Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kadang sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
• Sakit dan sesak nafas terutama waktu Maghrib.
• Lenguh seluruh anggota badan.
• Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
• Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
• Mimpi bahan-bahan miang seperti miang buluh dan ulat bulu.
• Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
• Mimpi kanak-kanak kecil seperti mimpi menyusukan kanak-kanak tersebut.
• Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
• Mimpi makan makanan yang kotor seperti bangkai dan babi.
• Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau bermimpi pergi ke tempat-tempat ibadat bukan Islam.

Kesan-kesan Santau:

Antara kesan-kesan santau terhadap mangsa adalah seperti berikut:
• Boleh membawa maut dengan izin Allah S.W.T.
• Hilang daya ingatan.
• Kulit akan merekah serta keluar air dan nanah.
• Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali dengan penyabar bertukar menjadi panas baran.
• Badan menjadi bongkok akibat batuk berpanjangan.
• Badan menjadi licin disebabkan seluruh buluh di badan telah gugur.
• Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang sering terganggu.
• Terjadinya kanser dan ketumbuhan.
• Jika pesakit hamil akan mengalami keguguran.

Berubatlah jika terdapat tanda-tanda di atas!

PERHATIAN:

Simptom terkena santau ialah perut terasa pedih,tekak terasa panas dan berpasir,sering bermimpi jatuh tempat tinggi,badan terasa miang gatal-gatal,batuk berpanjangan dan muntah darah dengan kerap.Jika anda,ahli keluarga,teman dan sebagainya terkena santau,sila segera datang ke Pusat Rawatan Madinatul Asrar untuk rawatan.Insya Allah.

RAWATAN SAWAN TANGIS



SAWAN TANGIS

Pengenalan

Kanak-kanak atau bayi yang sakit sawan tangis biasanya akan menangis pada masa-masa tertentu tanpa sebab atau punca. Selalunya tangisan itu memanjang untuk beberapa jam.

Sawan tangis ini di sebabkan oleh rasukan atau gangguan jin atau makhluk halus. Dalam masa yang tertentu, bayi itu kadang-kadang memperlihatkan reaksi luar biasa, dengan wajah yang ketakutan seolah-olah sedang melihat satu objek yang menggerunkan di hadapannya.

Adakala nya makhluk halus ini memasuki badan bayi tersebut dan menggangu sistem urat saraf dan ini membuat bayi itu kesakitan atau tidak selesa. Selalunya bila merawat bayi yang kena sawan tangis, penulis mendapati adanya jin atau makhluk halus di bahagian urat saraf bayi atau di bahagian abdomen atau perut bayi. Makhluk halus ini yang menyebabkan bayi itu mengalami stomach cramps yang kita katakan colic pains.

Jenis-jenis atau Punca Penyakit

1. Bayi yang di bawah umur 3 bulan selalunya menangis di waktu senja yang di kenali dengan "evening colic". Setelah berhenti, ia akan menagis semula. Demikianlah halnya yang berlaku, yang kadang-kadang memakan masa berjam-jam.

2. Bayi atau kanak-kanak akan menangis pada waktu yang tertentu sahaja seperti tengah malam atau waktu maghrib.

Simptom

1. Tangisan akibat gangguan pada kebiasaannya mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. Mata bayi kelihatan kejam. Kalau diperhatikan dengan teliti, akan didapati bahawa tangisan itu terjadi seumpama dalam keadaan tidak sedarkan diri (tidur).

2. Kanak-kanak yang dalam keadaan terganggu, adakala berhenti menangis semula. Mata yang kejam ketika berhenti menangis itu kadang-kadang melahirkan ombak di kelopak mata, seolah-olah kedua-dua biji matanya itu sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan atau pun kiri.

3. Ada anak-anak kecil yang terganggu, menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan mengigil seolah-olah adanya susuatu yang mengerikan di hadapannya.

Merawat kes sampuk/histeria /Sawan Tangis

Kes sampuk sering berlaku kepada kanak-kanak kecil atau bayi.Ini berpunca apabila ada segolongan jin yang menyakat bayi itu dan bayi itu akan menangis ketakutan.Untuk makluman,bayi-bayi ini boleh melihat jin secara terus kerana roh mereka sangat bersih berbanding orang dewasa.

PERHATIAN:
JIKA ANAK ANDA,ATAU SESIAPA SAHAJA YANG MEMILIKI ANAK KECIL ATAU BAYI YANG MENANGIS TIDAK HENTI-HENTI ATAU SEPERTI SIMPTOM YANG TELAH SAYA MAKLUMKAN DIATAS TERJADI KEPADA BAYI/ANAK ANDA,SILALAH KE PUSAT RAWATAN MADINATUL ASRAR UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN,INSYA ALLAH SEMBUH!!!

RAWATAN MASALAH SAKA



MENYINGKAP RAHSIA SAKA DAN KETURUNAN

Definisi:

Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lamasehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya. Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan diperturunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki.

Jin tersebut oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka hidup, meeka telah bersahabat dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama.

Nama-nama seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong dan lain-lain memang terkenal di kalangan masyarakat melayu. Namun hakikatnya semuanya adalah sama iaitu makhluk Allah S.W.T. yang dikenali dengan nama jin dan syaitan.

Dalil:

Persahabatan antara jin dan manusia dalam bentuk 'khadam' dinyatakan di dalam al-Quran. Firman Allah S.W.T.:

وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِّنَ الْإِنسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِّنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا
Ertinya:
"Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan..." - Surah al-Jin: 6

Jin yang dijadikan khadam inilah akhirnya menjadi saka yang perturunkan dari ayah ke anak dan keturunan yang seterusnya (mereka yang mempunyai pertalian darah). Ini disebabkan perjanjian yang telah dibuat oleh nenek moyang dengan jin tersebut dan mengundang masalah dan penderitaan kepada keturunannya.

Pertalian Antara Jin Dan Saka:

Terdapat pertalian yang erat antara jin dan saka! Jin yang diwariskan seumpama harta peninggalan itulah yang dikenali sebagai saka.

Dalilnya:

Dari Abu Tha'labah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Jin itu mempunyai tiga jenis: Satu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, satu jenis yang berbentuk ular-ular dan anjing-anjing dan satu jenis yang berpindah-randah."

Jin yang berpindah-randah seperti yang disebutkan diklasifikasikan sebagai jenis jin yang menjadi saka disebabkan jenis jin ini yang mampu berpindah-randah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya.

Ciri-ciri Orang Yang Memiliki Saka:

Secara umumnya orang yang memiliki saka akan mempunyai kebolehan untuk mengubat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan tetapi dengan cara yang meragukan dari sudut syariat, antaranya:

1. Kebanyakkan mereka mempunyai kebolehan mengubat melalui kaedah ‘menurun’. Caranya ialah jin tersebut memasuki tubuh orang yang mempunyai saka tersebut dan kemudiannya menyamar sebagai para wali Allah dan orang-orang soleh seperti Syeikh Abdul Qodir al-jilani, Syeikh Bahauddin an-Naqsyabandi, Syeikh Abu Hassan as-Syazili dan sebagainya. Namun hakikatnya ia cumalah jin yang datang daripada saka.
2. Pembawa saka mampu beubat tetapi menggunakan jampi yang mempunyai unsur-unsur syirik yang boleh menggugurkan syahadah dan iman.
3. Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yng langsung tidak dapat difahami.
4. Pengamal perubatan yang kebolehannya datang dari saka selalunya sering melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat.
5. Ada di kalangan mereka mendapat ilmu kebolehan mengubat melalui mimpi tanpa belajar.

Masa Saka Berpindah:

Saka berpindah sebaik sahaja pembawa saka yang terdiri daripada nenek moyang yang membuat perjanjian dengan jin tersebut meninggal dunia. Apabila pembawa saka meninggal dunia, jin saka tersebut tidak mempunyai perumah/pembela maka ia mencari perumah/pembela baru dari kalangan anak cucu tuannya yang telah mati itu tadi.

Proses Perpindahan Saka:

Berikut adalah kronologi bagaiman jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka tersebut:

• Apabila nenek moyang yang membela jin tersebut mati; jasadnya mati setelah rohnya keluar dari jasadnya. Namun begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukannya seperti manusia.
• Apabila jasad perumah saka itu dikebumikan, jin tersebut bebas dan berada dalam keadaan seperti layang-layang yang terputus talinya. Lalu ia berkeliaran di atas bumi mencari rumah tumpangannya yang baru. Perihal nyawa jin dan syaitan yang ternyata lebih panjang dari unsur manusia.
Firman Allah S.W.T..:

Maksudnya:"Iblis menjawab:'Beri tangguhlah saya sampai waktu dibangkitkan.' Allah berfirman :"Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh." Iblis menjawab: "Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yang lurus.............Surah al-a'raf: ayat 14-16

• Kemudiannya saka tersebut akan bepindah kepada anak cucu sebagai perumah yang baru. Kebiasaannya jin tersebut akan berpindah kepada anak cucu yang ada mengamalkan jampi-jampi tertentu yang diambil dari si mati.
• Saka juga boleh berpindah dari si mati kepada warisnya apabila anak cucu tersebut ada menyimpan mana-mana barang tinggalan si mati.
• Saka juga berpindah kepada anaka cucu yang secara pengamatannya merupakan waris yang menjadi orang harapan kepada keluarga pada masa hadapan khususnya orang harapan kepada si mati yang menyimpan saka tadi.
Orang yang berpotensi mewarisi saka adalah orang yang tinggal bersama si mati semasa hidupnya iaitu serumah dengannya.

Mereka Yang Menjadi Sasaran Saka:

• Anak cucu yang sangat cetek pengetahuan agamanya.
• Anak cucu yang melazimi maksiat dan sering melanggar peraturan agama.
• Anak cucu yang sentiasa meninggalkan ibadat wajib seperti solat dan puasa.
• Adakalanya anak cucu yang kuat pegangan agamanya kerana jin dan syaitan sangat mengidamkan supaya orang yang taat berjaya disesatkan.
• Anak cucu yang lemah; fizikal dan antibodinya. ini akan memudahkan jin untuk bertapak di dalam badan mangsanya.
• Anak cuc yang memang menginginkan sangat apa yang dipunyai oleh nenk moyang mereka. Apabila saka ini diwarisi seolah-olah orang mengantuk disorongkan bantal.
• Anak cucu yang memang mengidamkan kehebatan dengan pelbagai kelebihan di hadapan manusia walaupun dengan cara yang mencabar syariat Allah S.W.T.

Tanda Seseorang Itu Mempunyai Saka:

Gejala pada waktu tidur:

• Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.
• Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
• Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya erjadi dalam keadaan 'kena tindih'.
• Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.
• Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sbagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dalam jasadnya.
• Bunyi gig berlaga ketika tidur.
• Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.
• Berdiri dan berjalan ketika tidur.
• Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
• Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.
• Mimpi berada di tempat sunyi.
• Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.
• Mimpi melihat budak kecil. Bermimpi budak kecil menyusu dan rasa sayangkannya (ini berlaku kepada golongan wanita).
• Mimpi melihat salib atau gereja.
• Mimpi bertemu paderi.
• Merintih dan menangis ketika tidur.

Gejala pada waktu jaga:

• Selalu pening, para pengamal perubatan moden tidak dapat mengean penyakit dan dikatakan penyakit misteri.
• Selalu lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
• Hilang ingatan dan mungkin mnjadi gila. Gila adalah berpunca dari jin. Dalam bahasa arab, orang gila digelar 'majnun'. majnun bermaksud dijinkan iaitu isim maf'ul.
• Sering lesu dan malas.
• Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.
• Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.
• Lenguh di sendi-sndi utama.
• Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga.
• Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati. Biasanya doktor menakrifkannya sebagai kanser. Perlu diingat kanser berpunca daripada jin.
• Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki. Seperti terpijak batu atau telur.
• Mudah panik dan kaget apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
• Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan.
• Sentiasa mengantuk teutamanya dalam majlis ilmu.
• Mudah marah dan panas baran.
• Emosional dan terlalu sensitif.

Kesan Dan Akibat Daripada Saka:

• Orang memiliki saka sukar untuk mendapat anak.
• Banyak perkara ganjil berlaku di dalam hidup seperti pernah berjumpa dengan orang aneh namun orang lain tidak dapat melihatnya dan sebagainya.
• tidak berupaya untuk hidup dengan sempurna kerana menghidap pelbagai penyakit moden malah penyakit aneh yang tidak mampu didianogsiskan. Mungkin juga berpotensi menghidap penyakit kanser kerana kanser mempunyai pertalian yang rapat dengan gangguan jin.
• Tidak suka bergaul dengan manusia lain dan kurang suka hidup bermasyarakat.
• Sangat sensitif dan mudah terasa dengan kata-kata orang.
• Kadangkala tahu perkara-perkara mustahil diketahui oleh orang-orang lain. Namun hakikatnya ia adalah bisikan iblis dan jin.
• Anak kepada anak cucu yang mempunyai saka sentiasa banyak menangis semasa kecil dan semasa besar berperangai dengan perangai yang buruk.
• Anak cucu yang mempunyai saka suka melawan cakap ibu bapa dan orang lebih tua.
• Kehidupan menjadi suram dan tidak ceria serta selalu dalam keadaan tegang.

PERHATIAN:
JIKA ANDA MENGALAMI MASALAH SAKA,SILA DAPATKAN RAWATAN SEGERA DI PUSAT RAWATAN MADINATUL ASRAR.

SIHIR PEMISAH/PEMBENCI(UNTUK SUAMI ISTERI)

Sihir Pemisah / Pembenci (untuk Suami Isteri)

Kategori: Rohani

Pengenalan

Sihir ini dilakukan untuk memisahkan pasangan suami isteri atas sebab tertentu yang selalunya berkaitan dengan masalah peribadi, dengki, balas dendam, khianat dan sebagainya. Perpisahakan suami dan isteri merupakan tumpuan iblis dan syaitan. Di dalam Surah Al-Baqarah ayat 102, Allah s.w.t ada mengatakan ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya. Ini membuktikan bahawa sihir jenis ini berlaku dari zaman dahulu dan bukanlah suatu perkara baru.

Jenis-jenis atau Punca Penyakit
Kadangkala pesakit akan juga dikenakan sihir jerutan dan ini lebih dasyat akibatnya sehingga pasangan tidak boleh melakukan persetubuhan. (Untuk keterangan lanjut, sila lihat Sihir Jerutan)

Simptom
Antara simptom-simptom yang sering penulis diberitahu oleh pesakit-pesakit yang terkena sihir pemisah atau pembenci ini adalah seperti berikut:

1. Timbul rasa benci yang bersangatan tanpa sebab yang jelas, yang berlaku pada salah seorang daripada pasangan, atau kedua-duanya sekali.

2. Berlaku perselisihan faham, pertengkaran antara pasangan tanpa sebab, atau sebab-sebab yang kecil dan tidak munasabah, juga di kalangan anak-anak menyebabkan suasana keluarga sentiasa tegang dan kucar-kacir.

3. Timbul rasa was-was syaitan dalam hati yang boleh menyebabkan isteri takut mendekati suami. Terasa seolah-olah suami hendak menanayai isteri atau sebaliknya.

4. Timbul rasa cemburu bersangatan menyebabkan isteri rasa berang kerana dia syak yang suami menduakannya, padahal suami tidak berbuat demikian. Keadaan seperti ini boleh menyebabkan isteri melarikan diri, enggan duduk berhampiran ataupun tidur sebilik.

5. Rasa resah gelisah, sakit kepala dan buntu selagi pasangan berada di sampingnya, dan merasa lega sebaik-baik sahaja pasangan keluar dari rumah atau berada jauh dari pasangan.

6. Berlaku perubahan rupa pada pandangan mata. Isteri mungkin melihat suami dengan rupa yang menakutkan atau sentiasa marah dan bengis, atau suami melihat isteri dari pandangan yang hodoh. Apa yang dilakukan oleh pasangan semuanya serba tak kena.

7. Timbul desakan dalam jiwa suami untuk menceraikan isteri tanpa sebab yang jelas. Dalam hatinya timbul bisikan-bisikan yang it telah melafazkan cerai, padahal it tidak berhasrat langsung berbuat demikian. Kadang-kadang lafaz cerai itu benar-benar keluar dari lidah seolah-olah ada satu kekuatan dari dalam diri melepaskan tanpa dapat dikawal. Isteri pula kadang-kadang meminta cerai bertalu-talu sambil mencabar suami berbuat demikian dalam keadaan tidak dapat mengawal diri. Ini kadang-kala membawa kepada pergaduhan fizikal diantara suami dan isteri.


Rawatan bagi kes sihir pemisah/rumahtangga

Kes sihir ini adalah kes sihir yang paling popular di Malaysia dimana tujuan utama sihir ini adalah untuk menceraikan pasangan yang telah berumahtangga.

PERHATIAN:
JIKA ANDA,AHLI KELUARGA,TEMAN ATAU SESIAPA SAHAJA YANG MENGALAMI MASALAH DI ATAS,SEGERALAH DATANG KE PUSAT RAWATAN MADINATUL ASRAR UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN,SELAMATKANLAH RUMAH TANGGA ANDA!

RAWATAN BAGI KES SIHIR SAKIT ANGGOTA BADAN


Rawatan bagi kes sihir sakit anggota badan

Kes sihir ini pula adalah sihir yang akan menyebabkan mangsa sakit-sakit anggota badan seperti kanser,migrain,badan panas seperti disalai,perut terasa seperti dihiris-hiris dan sebagainya.

PERHATIAN:
JIKA ANDA ATAU SESIAPAPUN MENGALAMI MASALAH DIATAS,SEGERALAH DATANG KE PUSAT RAWATAN MADINATUL ASRAR UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN SEGERA.

ZIKRUL MAUT(INGAT AKAN MATI)

ZIKRUL MAUT ( INGAT AKAN MATI )

Mengingati Mati

Dialog dengan Jin

Mati adalah sesuatu perkataan yang paling ditakuti oleh hampir setiap manusia. Setiap orang, juga binatang takut mati, kecuali beberapa manusia yang sudah putus asa dalam kehidupan ini, yang ingin segera mati.Wajar sekali kalau manusia takut mati, sebab mati bererti berpisah dengan segala yang ia miliki atau senangi, berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Berpisah dengan anak dan isteri serta kekasih. Berpisah dengan bapa atau ibu, berpisah dengan harta dan pangkat, berpisah dengan dunia dan segala isinya.

Semua orang takut mati, tetapi ada yang berlebihan sekali, ada pula yang takutnya itu sedikit sahaja, bahkan ada yang tak takut sama sekali, malah berani dan ingin mati. Ketakutan terhadap mati adalah kerana dua hal :-

• Kerana kurang atau tidak adanya pengetahuan kita tentang mati, keadaan mati dan keadaan selepas mati adalah gelap. Semua orang takut menempuh tempat yang gelap dan tidak diketahui.
• Kerana doa dan kesalahan yang sudah bertumpuk dan tidak bertaubat, sehingga mendengar kata mati sudah terbayang azab dan seksa yang diperolehinya akibat dosa dan kesalahan tadi.

Bagi orang cukup pengetahuan dan keyakinan terhadap hidup sesudah mati dan merasa dirinya tak pernah melakukan dosa dan kesalahan, maka baginya tak ada ketakutan terhadap mati malah ingin mati. Tetapi agama Islam melarang orang ingin cepat mati, agar dapat hidup melakukan kebaikan sebanyak-banyaknya. Dan kalau ingin hidup lama adalah dengan tujuan agar dapat semakin banyak melakukan kebaikan bukan pula untuk dapat lebih banyak menumpuk harta dan kekayaan atau keturunan.

Ada beberapa petunjuk Rasullullah s.a.w. untuk selalu zikrul maut (ingat akan mati) ini, antara lain :-

1. Perintah memperbanyak mengingati mati :

"Perbanyaklah mengingat-ingat sesuatu yang melenyapkan dan menjadikannya segala macam kelazatan (kematian)." ( Riwayat At-Turmudzi )

2. Mengingati kematian dapat melebur dosa dan zuhud :

"Perbanyaklah mengingati kematian, sebab yang demikian itu akan menghapus dosa dan menyebabkan timbulnya kezuhudan di dunia." ( Riwayat Ibnu Abiddunya )

3. Kematian sebagai penasihat pada diri sendiri :

"Cukuplah kematian itu sebagai penasihat." ( Riwayat Ath-Thabrani dan Baihaqy )

4. Orang cerdik ialah orang yang banyak mengingati mati :

"Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya uantuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat." ( Riwayat Ibnu Majah dan Abiddunya )

Agar selalu ingat kepada kematian perlu dilakukan perkara-perkara berikut :

1. Menyaksikan orang yang sedang sakaratul maut. Betapa dasyatnya dan menakutkan lebih-lebih kalau berdosa. Keadaan sakaratul maut ini digambarkan oleh Rasullullah dalam hadisnya yang bermaksud :

"Sakitnya sakaratul maut itu kira-kira tiga ratus sakitnya pukulan pedang." ( Riwayat Abiddunya ).Sesungguhnya Nabi s.a.w. mempunyai segelas air ketika hendak meninggal dunia. Baginda memasukkan tangannya ke dalam air, kemudian menghusap wajahnya dengan air itu dan berkata : "Ya Allah, semoga Tuhan mempermudah kepada saya terhadap sakaratul maut ini." ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

2. Mengunjungi orang sakit, sebab hujung dari penyakit ini tidak lain adalah kematian. Dari itu kita selalu waspada dan berhati-hati.

3. Melakukan ziarah kubur, sebagaimana sabda Rasullullah :

"Lakukanlah ziarah kubur kerana ia mengingatkan mati." ( Riwayat Muslim )

4. Merasakan diri selalu diawasi Allah s.w.t. dimana saja kita berada. Oleh dengan demikian sentiasalah beramal yang baik. Rasullullah s.a.w. bersabda :

"Seutama-utama iman seseorang itu ialah bahawa ia mengetahui dengan sungguh bahawa Allah s.w.t. itu ada bersama dengannya di manapun ia berada." ( Riwayat 'Ubadah bin Shamit )

5. Sedarilah bahawa perasaan kita sering disaksikan oleh anggota badan kita sendiri, yakni oleh lidah, tangan, kaki, kulit, telinga, mata dan hati. Hal ini difahamkan Allah dalam Al-Qur'an yang bermaksud :

"Pada hari (ketika) lidah tangan dan kaki mereka menyaksikan atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan." ( An-Nur: 24 )

6. Begitu pula agar disedari bahawa perasaan kita selalu disaksikan. Dilihat dan diikuti oleh siang dan malam bumi tempat kita berpijak, langit serta malaikat Raqib dan Atib dan malaikat-malaikat lainnya. Allah s.w.t. berfirman :

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan hatinya. Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat nadi lehernya sendiri. Ketika dua malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain di sebelah kiri, tiada sesuatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir." ( Qaf: 16-18 )

"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran dimuka dan dibelakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah." ( Ar-Ra'd: 11). (Malaikat ini disebut malaikat Hafazhad)

Sebagaimana disebutkan di atas bahawa mati adalah satu kejadian yang paling berat, paling menakutkan dan paling mengerikan. Satu kejadian yang pasti akan dihadapi dan dialami oleh setiap manusia, atau kejadian yang tak dapat dihindari dengan cara bagaimanapun juga. Para Nabi dan Rasul, jin dan malaikat sekalipun tidak dapat menghindari diri dari kematian ini.

Dalam Al-Qur'an Allah s.w.t. menjelaskan :

1. Kepastian tentang mati :
2. Kematian itu datang sesuai dengan ajal yang telah ditetapkan ke atas mereka (manusia).
3. Kemana saja manusia pergi/berlari kematian tetap akan mengejarnya.
4. Kematian datang tanpa pilih umur, tanpa pilih waktu dan tempat.
5. Cara mati : Rasullullah s.a.w. bersabda :
Apabila telah tiba hukum Allah kepada seorang hamba untuk mati dan dikuburkan pada suatu tanah, Allah mengadakan suatu keperluan baginya untuk pergi ke tempat itu (sehingga mati dan dikuburkan pada tanah di situ)." ( Riwayat At-Turmudzi )

BERDIALOG DENGAN JIN

CONTOH PERTAMA

Percakapan antara Syeikh Wahid Abdul Salam dengan jin yang pernah masuk ke dalam tubuh seseorang.

SYEIKH : Siapakah namamu?
JIN : Syeikh Muhammad.
SYEIKH : Mengapa kamu masuk ke dalam tubuh perempuan ini?
JIN : Kerana dia memijakku di bilik mandi.
SYEIKH : Tinggalkanlah dia demi ketaatan mu kepada Allah.
JIN : Tidak, saya tidak mahu meninggalkannya.
SYEIKH : Jika kamu tidak mahu meninggalkannya, maka dengarkanlah, ( Lalu Syeikh itu membacakan awal Surah As-Shaffat hingga jin itu merasa sakit serta menangis dan berkata ) "Saya akan keluar dari tubuh wanita ini".
SYEIKH : Keluarlah kamu sekarang. Akan tetapi jin itu berbohong.
SYEIKH : Kalau kamu tidak juga mahu keluar, maka dengarkanlah! Lalu saya membaca untuknya awal dari surah Al-Jin.
JIN : Baiklah aku akn keluar.
SYEIKH : Setelah mengucapkan Assalamu'alaikum, jin itupun keluar. Segala puji untuk-Mu ya Allah.

CONTOH KEDUA

Seorang perempuan sakit pernah datang kepada Syeikh, lalu Syeikh membacakan kepadanya Surah Al-Fatihah, tidak lama selepas itu, jin yang menganggunya itupun datang.

SYEIKH : Siapakah namamu?
JIN : Namaku Muhammad.
SYEIKH : Saya adalah seorang Muslim.
JIN : Saya juga Muslim.
SYEIKH : Adakah jin yang lain yang bersama denganmu dalam tubuh perempuan ini?
JIN : Bersama denganku ada jin yang beragama Nasrani namanya Subhi.
SYEIKH : Suruh dia datang, aku ingin berbicara dengannya. Kemudian jin itu memanggilkan jin yang bernama Subhi.
SYEIKH : Siapakah Namamu?
JIN : Namaku Subhi
SYEIKH : Apakah kamu beragama Islam?
JIN : Tidak, saya adalah seorang Kristian.
SYEIKH : Berapa umurmu?
JIN : 18 Tahun
SYEIKH : Apakah kamu bekerja dengan tukang sihir?
JIN : Ya, saya bekerja dengan seorang perempuan tukang sihir dari daerah Dasuq.
SYEIKH : Lalu saya menawarkan kepadanya supaya dia masuk ke dalam agama Islam, lalu dengan kerelaan hatinya dia mahu masuk Islam.
SYEIKH : Apakah kamu masuk ke dalam agama Islam ini betul-betul dari lubuk hatimu ataukah hanya sekadar dengan lidahmu?
JIN : Dari lubuk hatiku. ( Sambil menangis ): Akan tetapi saya telah banyak menyakiti orang.
SYEIKH : Mudah-mudahan Allah akan mengampunimu. Oleh kerana itu, bertaubatlah kamu dengan sebenar-benar taubat.
JIN : Akan tetapi saya tidak pandai berwhuduk dan solat.
SYEIKH : Apakah kamu kenal dengan jin yang beragama Islam?
JIN : Saya tidak mengetahuinya kecuali yang saya tahu hanya jin yang beragama Kristian dan gereja sahaja.
SYEIKH : Kamu boleh datang ke masjid tempat kami solat, kemudian kerjakanlah solat bersama kami dan berkenalan dengan saudara-maramu dari jin Mukmin dan belajarlah perkara agama daripadanya.
SYEIKH : Apakah kamu masih akan tetap bekerja dengan tukang sihir itu?
JIN : Tidak, kerana agama Islam melarang berbuat demikian
SYEIKH : Kemudian jin yang telah masuk Islam itupun berjanji kepada Allah dan keluar dari tubuh perempuan itu. Semoga Allah akan menguatkan agama Islam yang telah dipeluknya. Selepas itu jin yang bernama Muhammad datang dan aku tanyakan kepadanya: Apakah kamu mendengar peritiwa yang baru saja terjadi?
JIN : Ya, saya mendengarkannya.
SYEIKH : Bagaimana perasaanmu?
JIN : Sangat senang, kerana dia telah masuk ke dalam agama Islam.
SYEIKH : Selepas itu jin bernama Muhammad tersebut berjanji kepada Allah dan tak lama kemudian ia pun keluar dari tubuh perempuan itu. Semuanya ini hanyalah kurnia dari Allah.

CONTOH KETIGA

Datang seorang perempuan kepada Syeikh dalam keadaan mengeluh kerana rasa sakit di badannya. Setelah Syeikh memeriksanya ternyata dalam tubuh wanita tersebut ada jin, lalu Syeikh membacakan ayat-ayat sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu, maka datanglah jin yang bernama Zainab Abdul Maujud, maka terjadilah percakapan antara Syeikh dengan jin itu :

SYEIKH : Apakah agamamu?
JIN : Islam.
SYEIKH : Apakah bacaan Al-Qur'an dapat berpengaruh terhadap jin yang beragama Islam?
JIN : Ya.
SYEIKH : Surah-surah apakah yang dapat berpengaruh kepada jin?
JIN : Sebagaimana surah-surah yang kau perintahkan untuk membacanya, iaitu surah Yasin, Ad-Dukan, As-Shaffat dan Al-Jin.
SYEIKH : Bagaimana dengan surah Al-Baqarah?
JIN : Juga sangat besar pengaruhnya, bahkan membakarnya.
SYEIKH : Apakah perempuan yang kamu masuki ini membaca ayat-ayat Al-Qur'an tersebut?
JIN : Ya, setelah dia mengerjakan amalan-amalan tersebut saya pun menjadi lemah hingga saya merasa kesakitan, dia juga membaca doa ketika makan, sehingga saya tidak dapat makan bersamanya. Jika ia lupa membacanya pada waktu dia akan makan, dia membaca: "Bismillahi awwalihi wa akhiri", lalu saya memuntahkannya kembali apa yang telah saya makan.
SYEIKH : Apakah perbezaannya antara jin dan syaitan?
JIN : Syaitan juga adalah jin akan tetapi dia kafir dan membangkang. Selepas itu jin itu berkata: Lepaskan aku!
SYEIKH : Dari manakah kamu akan keluar?
JIN : Dari mulut perempuan ini.
SYEIKH : Sambil mengucapkan "Assalamu'alaikum" jin itupun pergi. Semuanya ini adalah kurnia dari Allah SWT.

MENGENAL BOMOH

MENGENALI BOMOH

Tanda Jin digunakan
Bomoh Makan Upah
Cara Penganiayaan
Kesan & Akibat

Tanda-Tanda Tok Bomoh Menggunakan Khadam / Jin Dalam Perubatan

Kebanyakan daripada orang-orang Melayu sangat mempercayai Tok Bomoh sehingga mereka tidak dapat membezakan di antara Tok Bomoh yang hak dan yang batil ( yang menggunakan pertolongan Khadam dalam pengubatan mereka ). Keadaan ini berlaku kerana mereka jahil tentang ajaran Islam yang sebenarnya, oleh itu mereka mudah di tipu oleh lakonan yang dimainkan oleh

Tok Bomoh palsu ini. Sebagai panduan diperturunkan serba ringkas contoh-contoh Tok Bomoh yang menggunakan pertolongan khadam dalam pengubatan mereka. Antara tanda-tanda tersebut dapat kita lihat melalui salah satu dari perkara-perkara berikut, antaranya :-

A ) Cara berpakaian semasa mereka berjampi.

Biasanya semasa berjampi Tok Bomoh atau Tok Pawang yang bersahabat dengan khadam ini memakai pakaian khas, antaranya seperti :-

• Memakai baju dan seluar yang bewarna hitam dengan melilit kain hitam di kepala atau memakai tengkolok bewarna hitam dan sebagainya.
• Memakai jubah. Kadangkala bewarna putih dan kebiasaanya bewarna kuning, kononnya dia dari keturunan raja. Terdapat juga yang memakai jubah hijau kononnya beliau bersahabat dengan Jin Islam.
• Terdapat juga yang berpakaian baju Melayu, berkain pelikat dan bersongkok atau berketayap.
• Ada juga yang berambut panjang, yang kononnya beliau berketurunan dari Jawa, Sumatera dan sebagainya.

B ) Mengubat Pesakit dengan Cara Menurun/Menyelap.

Sebelum menurun biasanya Tok Bomoh akan membaca beberapa serapah, jampi atau mentera tertentu dan ada kalanya membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Terdapat juga yang memegang keris dan mengasapkanya pada asap kemian. Dalam beberapa saat sahaja masuklah Jin ke dalam tubuh Tok Bomoh tersebut. Ada yang mengeletar, ada yang berguling-guling dan sebagainya, ketika di masuki oleh Jin khadam mereka itu.

Suara dan raut wajah mereka juga akan bertukar. Sesetengahnya kelihatan sangat tua dan berkedut, manakala suara mereka juga terketar-ketar dan sangat perlahan dan adakalanya susah untuk di fahami, ini kerana Jin sahabat mereka itu sudah tua. Matanya kadang-kala pejam dan suka tunduk ke bawah. Suara juga sudah berubah dan mengikut jenis dan dari tempat mana Jin itu berasal. Kalau Indonesia, ia akan bercakap bahasa Indonesia atau bahasa Jawa, begitulah seterusnya. Biasanya ucapan Jin tersebut di mulai dengan katanya " Assalamualaikum, apa hajat cucu ku datang ke mari / memanggil ku ? "

C) Tanpa Menurun / Menyelap.

Terdapat juga Tok Bomoh yang mempunyai khadam daripada golongan Jin yang memanggil Jin khadam mereka tanpa menurun. Cara rawatan tersebut dapat dilakukan dengan berbagai cara antaranya :-

• Dengan meletakkan air, limau dan sintuk atau barang-barang lain yang difikirkan perlu di hadapannya.
• Terdapat juga Tok Bomoh jenis ini yang menilik terlebih dahulu, seperti dengan menggunakan limau dan menggolekkanya atau membelahnya kemudian dilepaskan kedalam air dan melihat limau tersebut samada terbalik atau tertiarap. Mereka juga kadangkala menggunakan mangkuk putih yang diisikan dengan air sambil menilik dan membuat ramalan. Terdapat juga Tok Bomoh yang menggunakan jarum yang diletakkan di atas air dan jarum tersebut akan berpusing dan sebagainya.

D) Membelah Batin.

Pertolongan daripada khadam juga digunakan oleh Tok Bomoh-Tok Bomoh yang dapat membelah batin pesakitnya tanpa menggunakan sebarang alatan pembedahan seperti pisau dan sebagainya. Walaupun kadang-kala Tok Bomoh jenis ini juga menggunakan pisau tetapi tiada kesan luka yang dapat di lihat di badan pesakit. Pesakit akan merasai seolah-olah seperti di bedah dan dapat merasai kesan darah dan sebagainya. Setelah selesai melakukan pembedahan batin ini, Tok Bomoh tersebut biasanya akan menggunakan daun sireh atau limau nipis untuk menyempurnakan pembedahan ghaibnya.

Sebenarnya kita boleh menggunakan Khadam dalam melakukan pekerjaan kita dengan syarat-syarat berikut, antaranya :-

1. Tidak terikat dengan mana-mana syarat daripada Khadam
2. Tidak menggunakan Tanasukh Aruah ( Menurun )
3. Kelakuan yang tidak menyalahi syarak ketika melakukan rawatan
4. Perawat telah mantap pegangan dan kefahaman Akidah, Akhlak dan Syariat.

Sebenarnya tidaklah salah jika kita ingin menjadi Tok Bomoh, tok dukun atau Mak Bidan, malahan Islam juga menggalakkan umatnya menceburi Bidang tersebut, kerana Bidang tersebut merupakan salah satu daripada Fardhu Kifayah tetapi biarlah cara dan amalan serta kaedahnya itu merupakan sesuatu yang diharuskan oleh syarak dengan mengikuti contoh yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, bukannya yang di terima melalui mimpi, menggunakan pertolongan khadam yang terdiri daripada para Jin dan sebagainya.

Tok Bomoh yang Makan Upah.

Terdapat sejenis Tok Bomoh lagi yang amat bahaya dalam masyarakat Melayu, yang kerjanya hanyalah untuk menimbulkan kesusahan dan huru hara kepada orang lain. Tok Bomoh jenis ini lebih di kenali sebagai Tok Bomoh yang makan upah. Tok Bomoh jenis ini kebiasaannya mempunyai khadam daripada golongan Jin Islam yang fasik dan Jin Kafir serta kuncu-kuncu mereka.

Mereka menggunakan perkhidmatan Jin-Jin tersebut untuk menganiayai manusia lain atas sebab-sebab tertentu, antaranya seperti iri hati, hasad dengki atau cemburu atas kejayaan orang lain samada dalam bidang perniagaan, pekerjaan, persekolahan atau marah kepada orang atasan kerana tidak terpilih untuk kenaikan pangkat atau tidak memenangi tender dan sebagainya. Terdapat juga mereka yang menggunakan Tok Bomoh jenis ini bagi membalas dendam sebab sakit hati kerana di hina, di kutuk atau kerana senda gurau yang berlebihan.

Terdapat juga sesetengah orang yang menggunakan perkhidmatan Tok Bomoh ini semata-mata kerana marah atau benci kepada orang lain di sebabkan kekayaan orang tersebut atau iri hati melihat orang tersebut lebih berada daripadanya atau marah kerana kesombongan orang lain terhadapnya dan lain-lain lagi.

Kebanyakan kes yang dijadikan alasan oleh sesetengah orang yang mendapatkan perkhidmatan Tok Bomoh jenis ini kebiasaanya berhubung dengan masalah rumah tangga contohnya seperti untuk menundukkan suami atau isteri yang terlalu garang, meruntuhkan rumah tangga orang lain, supaya dirinya nampak cantik dan di sayangi oleh suami ( dalam kes si suami yang berpoligami ), kerana pinangannya di tolak oleh pihak keluarga wanita atau kekasihnya di rampas oleh lelaki lain dan sebagainya.


Cara-cara Untuk Melakukan Penganiayaan.

Terdapat berbagai cara yang di lakukan oleh orang-orang yang dengki tersebut, supaya matlamat yang mereka impikan tercapai, walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak serta bersusah payah memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh Tok Bomoh tersebut untuk menjayakan penganiayaan mereka. Antaranya :-

A) Menanam barang-barang Hikmat

Setelah mendapatkan perkhidmatan Tok Bomoh jenis ini orang tersebut mestilah menanam barang-barang tertentu yang telah di puja dan di jampi oleh Tok Bomoh, seperti minyak dagu, minyak berpuja ( minyak orang mati di bunuh ) telur ayam, kulit kerbau balau yang mati di panah petir, tulang orang mati, tulang babi, tulang kongkang, kulit babi, besi bath siam, tahi besi, paku, rambut, gigi, patung siam, tanah kubur, tengkorak, batu tokong siam atau tokong Hindu, serpihan batu asah dan sebagainya di tempat-tempat yang biasa di duduki dan dilalui oleh orang yang di sakitinya itu seperti di rumah, di dalam pasu bunga, depan pintu, dekat pagar, kepala simpang jalan, di selit di tempat-tempat sulit samada di rumah, di pejabat, di kedai, di dinding, bawah rumah, dalam kenderaan atau jika barang tersebut jenis debu seperti abu orang mati, maka ia di tabur di sekeliling rumah orang tersebut dan sebagainya. Jika barang hikmat itu berupa minyak berpuja kebiasaannya di sapu di tiang rumah, kedai, kenderaan, pakaian dan sebagainya.

B) Memuja gambar

Terdapat juga cara untuk menganiayai orang lain dengan cara memuja gambar orang yang ingin di khianati seperti gambar tersebut di seru dan di jampi serta di cucuk-cucuk dengan jarum atau di gantung di sesuatu tempat yang berangin supaya sentiasa berbuai. Selain gambar, alat-alat badan seperti pakaian, baju dalam atau seluar dalam seseorang juga boleh digunakan sebagai alat untuk memuja dan menganiayai seseorang terutamanya dalam penganiayaan yang berkaitan dengan masalah cinta , rumah tangga dan kasih sayang.

C) Tuju melalui angin / makanan

Pengkhianatan juga boleh dilakukan dengan cara membuat tuju kepada orang yang di sakiti dan di hantar melalui angin contohnya seperti santau angin atau dengan memuja tengkorak orang mati di rumah Tok Bomoh dengan di tuju dan di kasadkan kepada orang yang dihajatinya. Penganiayaan juga boleh dilakukan dengan memasukkan sesuatu hikmat kedalam makanan dan minuman seseorang.

D) Memuja Patung sebagai penganti orang yang di aniayai

Pemujaan patung yang di puja dan dikasadkan kepada orang yang dihajati juga kerap dilakukan oleh orang-orang yang dengki dengan tujuan untuk memporak perandakan kehidupan orang tersebut. Patung-patung tersebut di cucuk dengan jarum atau duri nibung dang sebagainya dengan tujuan supaya orang yang dihajati akan merasa sakit dan mati secara perlahan-lahan.

Kesan dan Akibat ke atas diri mangsa.

Setelah syarat-syarat yang di minta oleh Tok Bomoh makan upah ini di penuhi dan semua peraturannya diikuti maka akan berlaku sesuatu keatas orang yang dihajati oleh si pengupah tersebut. Antara kesan dan tanda-tanda bahawa seseorang tersebut telah menjadi mangsa Tok Bomoh makan upah ini ialah antaranya :-

1. Badan sentiasa sakit menyucuk-nyucuk, anggota terasa panas, bisa seluruh badan atau sebahagian daripada badan, badan terasa kebas dan sebagainya.
2. Perasaan menjadi resah dan gelisah, tidak boleh tidur malam, sering bermimpi yang buruk dan mengerikan, terdapat lebam-lebam bewarna biru seperti kena tokok ditempat-tempat tertentu pada badan.
3. Orang yang dianiayai akan menjadi gila, hilang ingatan, tidak siuman, mereng dan seumpamanya.
4. Sering meracau-racau, ketawa mengilai-gilai atau bercakap seorang diri.
5. Mengalami sakit kepala sebelah samada di sebelah kanan atau kiri.
6. Rahim terasa sakit dan kadang-kala terasa seperti hendak jatuh
7. Badan terasa berat seperti ada benda di atas belakangnya dan kadang-kala terasa seperti ada sesuatu yang mencakar-cakar belakangnya.
8. Sentiasa terkenang atau teringat seseorang dan terasa hendak lari dari rumah.
9. Tidak boleh duduk dalam rumah, dalam kedai atau di pejabat sebab terasa panas dan serabut.
10. Selalu tidak sedarkan diri dan pengsan.
11. Kadang-kala si mangsa berbau busuk di merata-rata tempat.
12. Perut mangsa menjadi buncit tanpa apa-apa penyakit. ( kata orang busung )
13. Kadang-kala kemaluan dirasakan telah berpindah ketempat lain seperti berada di dahi, sedangkan orang lain tidak dapat melihatnya.
14. Terdengar suara atau bisikan yang memanggil atau menyuruhnya melakukan sesuatu seperti memukul seseorang, membunuh orang, membunuh diri sendiri atau bisikan yang mengatakan " kamu akan mati tidak lama lagi dan sebagainya.
15. Rumah tangga sentiasa bergelora dan perkelahian antara suami isteri sentiasa berlaku.
16. Sentiasa menolak pinangan yang datang meminang jika mangsa tersebut anak gadis, jika anak teruna mereka enggan berkahwin sampai ke tua.

Tok Bomoh yang mengambil upah untuk menganiayai orang lain ini amatlah besar dosanya dan telah menjerumuskan dirinya kelembah kekafiran begitu juga orang-orang yang mendapatkan perkhidmatan Tok Bomoh-Tok Bomoh dari jenis ini. Kedua-dua belah pihak sama-sama menjadi kafir dan akhirnya sama-sama akan dihumbankan kedalam neraka di hari Khiamat kelak. Oleh itu sebagai umat Islam kita mestilah menjauhkan diri daripada Tok Bomoh-Tok Bomoh yang seperti ini. Anggaplah segala sesuatu yang berlaku keatas diri kita itu adalah merupakan takdir dan Qada dan Qadar daripada Allah. Semua kejadian itu adalah atas kehendak Allah, tentu ada hikmah dan nikmat di sebalik semua kejadian tersebut, jangan suka menaruh perasaan dendam, cemburu dan iri hati, kerana perasaan tersebut akan merusakkan diri kita sendiri. Serahlah segala-galanya kepada Allah serentak melalui lidah, anggota, hati yang dinamakan dengan ucapan doa, teguh cita-cita dan usaha ikhtiar, kerana Dialah yang lebih berkuasa dan lebih Mengetahui segala-galanya.

Mempelajari ilmu Sihir, beramal dengannya untuk menyakiti dan mengkhianati sesama manusia, bererti mereka telah mempelajari ilmu sesat ( kufur ), berada dalam kesesatan ( kekufuran ), beramal dengan kesesatan ( kufur ), mati dalam sesat ( kufur ) dan kekal sebagai ahli neraka, selagi mana mereka tidak kembali kepada agama Islam dengan ucapan dua khalimah syahadat serta taubat nasuha. Segala amalan baiknya itu akan dipindahkan oleh Allah kepada orang yang dikhianatinya. Segala kejahatan mereka yang di sihir itu di campakkan oleh Allah keatas diri penyihir sebagai tambahan kepada kejahatan yang sedia ada. Jika ditakdirkan mereka yang dianiayai itu meninggal dunia, oleh sebab beradat melalui ilmu sihirnya, maka mati orang yang di sihir itu sebagai ahli fitrah ( syurga ) dengan syarat dia telah menerima penyakit tersebut dengan penuh sabar dan bergantung harap kepada kebesaran dan keagungan Allah dengan penuh kesabaran dan penuh redha.

KESESATAN DALAM PERUBATAN

KESESATAN

KESESATAN DALAM PERUBATAN

Kebanyakan kesesatan yang boleh membawa kepada syirik dan menyebabkan seseorang itu menjadi kafir kebiasaannya berlaku dalam bidang perubatan yang dilakukan Tok Bomoh dan seumpamanya. Kesesatan yang sering berlaku pada golongan ini, ialah melalui proses mengubati pesakit atau dalam melakukan pekerjaan mereka, mereka mempunyai hubungan dan meminta pertolongan dengan khadam-khadam yang terdiri samada daripada Jin Islam alam rendah atau yang terdiri daripada Jin-Jin kafir. Mereka menjadi sesat melalui berbagai cara antaranya :-

Melalui Jampi, Mentera dan Serapah.

Kebanyakan daripada Tok Bomoh dan seumpamanya menggunakan jampi atau mentera yang menyeru khadam-khadam untuk meminta pertolongan bagi membantu mereka memberi rawatan kepada pesakit-pesakit yang mengunjungi mereka.

Biasanya jampi mentera itu dimulai dengan bacaan Basmallah …………. Dan di sudahi dengan selawat ke atas Nabi atau dengan menyebut Lailahaillallah Muhammadar Rasulullah ". Tetapi di tengah-tengah jampi mentera mereka terdapat seruan-seruan kepada Jin bagi meminta pertolongan mereka dalam mengubati pesakit atau mendapatkan sesuatu. Contohnya seperti :-

Amalan Batin.

" Bismillahirrahmanirrahim." Kuliat kulit banyu, sufaat daging banyu, rai ro ra inson, rogo iro rogo inson, aku bali gowo cohyo, cohyo maskinang kining, sang yang tunggang gerono anci-ancik kendali puro, berkat bulan kembang bintang dengan berkat Lailahaillah Muhammadurrasulullah.

Serapah lekat Tulang.

" Bismillahirrahmanirrahim." Hei ! kerancang tulang dalam buluh, melela makan buat daku, kalau kau hendak ke dalam, kedalam tulang, kalau kau nak keluar, keluar tulang, kalau tidak aku sumpah kata Allah berkat Lailahaillah Muhammadurrasulullah.

Serapah menepung Tawar

" Bismillahirrahmanirrahim." Hai Jin Tanah Jembalang Bumi, Hai Jin Hitam serangkap rang bumi, pelesit di bumi, putar tanggah di bumi, puak juak mu, aku nak minta tolong jaga, tempat yang aku buat ni, aku menanggung baik di atas aku, dan jahat di atas mu, dengan berkat kata Lailahaillah Muhammadurrasulullah.

Mentera Menepung Tawar.

" Bismillahirrahmanirrahim." Hai ya sema yang semung, ya sema tiga terkendong, kembang wadi kembang wada cat udi nyunyi, batang wong batang wang batang terkendong, ribut salah musim, kiong kemaling cendi seruka, dalam usul punya melepas, siapa yang melepas, dalam asal punya melepas, siapa punya melepas, kedi bunuh punya melepas, siapa punya melepas, sema putih punya melepas, siapa punya melepas, sema hitam punya melepas, Pelepas di padang luas, melepas mak inang kurang sa empat puluh, pelepas kata dgn berkat Lailahaillah Muhammadurrasulullah.

Kesesatan yang telah dilakukan oleh Tok Bomoh yang menggunakan kaedah ini adalah terhadap dirinya sendiri, kerana jampi mentera yang digunakan itu mengandungi permintaan pertolongan kepada kuasa khadam dampingannya di samping meminta pertolongan daripada Allah, ini menunjukkan seolah-olah terdapat dua pihak yang berkuasa dan dapat memberi pertolongan kepada mereka, iaitu Allah s.w.t dan Khadam-khadam mereka. Perbuatan tersebut dengan terang-terang telah melakukan perbuatan syirik kerana menyamatarafkan Allah s.w.t dengan mahkluk lain dan meminta pertolongan kepada mahkluk lain selain daripada Allah.

Melalui Perbuatan / Kelakuan.

Kesesatan Tok Bomoh.

Kesesatan seseorang Tok Bomoh dan seumpamanya boleh berlaku pada perbuatan dan kelakuan Tok Bomoh tersebut melalui penjelmaan Jin ke dalam tubuh badan mereka yang di panggil " Tanasakhul Aruah " semasa mereka melakukan perubatan. " Menurun " yang dilakukan untuk mengubati itu, adalah dengan bergantung kepada pertolongan dan kuasa Jin bagi membantu merawat pesakit tersebut.

Bercakaplah Jin itu menggantikan Tok Bomoh atau Tok Pawang dengan mengkhabarkan berita-berita atau masalah-masalah yang dihadapi oleh pesakit tersebut. Pada hakikatnya yang sedang mengubati itu adalah Jin dan bukannya Tok Bomoh atau Tok Pawang tersebut, kerana tiada nas dan dalil dalam Al-Quran, hadis, ijmak ulama ataupun qias dan lain-lain pendapat yang muktabar yang boleh di pakai dalam Islam, yang menyatakan bahawa aruah Jin dan wali-wali boleh menjelma dan masuk ke dalam diri seseorang serta memperkenalkan dirinya dengan nama yang dijelmakan.

Demikian juga yang dilakukan oleh Mak Bidan ketika menyambut kelahiran bayi. Ada yang tidak sedarkan diri ketika menyambut bayi, namun mereka dapat melaksanakan tugas tersebut hingga selesai walaupun mereka tidak sedarkan diri. Persoalannya, siapakah sebenarnya yang memainkan peranannya ketika Mak Bidan tersebut tidak sedarkan diri.

Mak Andam juga memainkan peranan penting dalam menghidupkan suasana persandingan ala Hindu dengan adat istiadat pelamin dan pengantinnya. Bermula dari berinai , masuk pelamin sehinggalah selesai majlis persandingan tersebut di penuhi dengan suasana dan perkara-perkara Khurafat yang berhubung rapat dengan majlis pemujaan Dewa Rama dan Dewi Sita.

Sedangkan sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa upacara persandingan tidak pernah ujud dalam tamadun Islam, tambahan lagi mempertontonkan aurat wanita di khayalak ramai itu hukumnya haram dan persandingan pula bukanlah merupakan Sunnah Nabi s.a.w.

Kesesatan Yang Dilakukan Oleh Orang Yang Berubat

i Memuja Kubur-kubur yang di anggap Keramat.

Terdapat sesetengah daripada orang Melayu memuja kubur-kubur yang di anggap keramat dalam usaha meminta pertolongan bagi mengubati penyakit yang di alaminya. Sebenarnya kubur tersebut tidak dapat memberi apa-apa pertolongan dan kesan kepada penyakit mereka. Perbuatan tersebut amat bertentangan dengan ajaran Islam yang menyuruh umatnya meminta pertolongan hanya kepada Allah. Di samping perbuatan mereka itu juga tidak ada bezanya dengan amalan orang-orang Hindu dan Buddha.

Menziarahi kubur sebenarnya tidaklah salah atau menjadi satu kesalahan, bahkan sunat bagi umat Islam menziarahi kubur kedua ibu bapa , sanak saudara, keluarga, sahabat handai, tok-tok guru, alim ulama, para syuhadak dan orang-orang saleh, tetapi mengadakan pemujaan atas kubur tersebut, dengan mengadakan sesuatu upacara tertentu atau khusus di luar batasan syarak, itulah yang menjadi kesalahan dan kadang-kala boleh menyebabkan seseorang itu menjadi murtad dengan tidak disedari. Waliyazubillahi min zalik.

Antara contoh perbuatan memuja kubur yang dianggap kubur Tok Keramat yang berlaku dalam masyarakat kita ialah seperti memuja kubur Mak Bidan Tetek Lanjut di Taiping, memuja kubur Tok Temong di Temong, Kati, Kuala Kangsar, Memuja kubur-kubur di Pulau Besar, Melaka. Mak Bidan Tetek Lanjut yang di puja itu tidak siapa pun yang mengetahui asal usul dan kesolehannya. Jadi mengunjungi kuburnya dengan sesuatu tujuan, membayar nazar dan niat adalah merupakan perbuatan bidaah dholalah yang haram semata-mata, kerana menganggapnya keramat dengan membawa pisang, pulut kuning dan sebagainya dengan tujuan untuk mendapat berkat dan sebagainya.

Manakala pemuja Kubur Tok Temong di Kati pula, pengunjung-pengunjung mengunjunginya dengan tujuan untuk menunaikan hajat dengan membawa pulut kuning, ancak, kemian, serta mengadakan tahlil di kubur tersebut bagi mendapatkan sesuatu hajat. Ada juga pengunjungnya yang menyembelih ayam dan di niatkan darah dan tulang ayam itu adalah untuk makanan Jin penunggu Tok Temong. Tidak ketinggalan kubur tersebut juga di kunjungi oleh sesetengah guru-guru latihan pertahanan diri dan pengikut mereka untuk mengambil berkat dan lain-lain yang seumpamanya. Mengikut sejarah Tok Temong hanyalah merupakan pemerintah asal kawasan tersebut sebelum kedatangan Sultan ke Kuala Kangsar sahaja.

Pemuja-pemuja kubur di Pulau Besar di Melaka pula menganggap kebanyakan kubur-kubur di Pulau tersebut adalah kubur wali-wali Allah yang keramat. Sebenarnya kubur-kubur di pulau tersebut banyak yang kosong tanpa penghuni. Hanya orang yang tidak tahu menilai kebenaran sahaja yang mahu mengunjunginya. Mereka di tipu oleh kumpulan-kumpulan Jin yang mendiami pulau tersebut dan memberitahu mereka melalui mimpi supaya dibangunkan kubur-kubur untuk pemujaan.

ii. Pengeras / Upah.

Kebiasaan pengeras yang ditetapkan oleh sesetengah Tok Bomoh adalah berlainan. Ada yang menetapkan seperti lima ringgit suku dengan jarum tiga batang dan garam setahil. Sesetengah pengeras pula dengan membawa sireh bertemu urat sebanyak tujuh helai, kapur dan pinang. Ada juga yang menetapkan pengerasnya dengan buah kelapa masak, beras secupak dan minyak kelapa. Jika membuang barang hikmat yang tertanam upahnya adalah sekali ganda dari upah yang dikenakan oleh orang yang menanamnya, contohnya kalau RM 100.00 jadi RM 200.00 dan sebagainya. Ada juga yang mengenakan pengeras atau upah sampai beribu ringgit mengikut kemampuan dan kemampuan pesakit. Terdapat juga Tok Bomoh yang menetapkan upah sekadar ikhlas pesakit sahaja.

Kesalahan dan kesesesatan yang berlaku dalam keadaan ini ialah apabila pesakit tersebut percaya jika tidak menyediakan pengeras seperti yang di minta oleh Tok Bomoh itu maka penyakitnya tidak akan sembuh atau sukar untuk disembuhkan atau menganggap pengeras yang disediakan itulah yang menyebabkan penyakitnya sembuh.

Sebenarnya mengambil upah berubat dan menjampi dengan ayat-ayat Al-Quran , Selawat-selawat Nabi dan susunan ayat-ayat yang baik adalah diharuskan oleh syarak, berdasarkan suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Saad bin Abi Waqas.

iii. Pemutus Ubat.

Pemutus ubat bermakna menamatkan rawatan dengan Tok Bomoh tersebut setelah pesakit sembuh dari penyakit yang di alaminya. Kononnya kalau tidak " putus ubat " penyakit itu akan kembali semula. Berbagai jenis dan syarat amalan pemutus ubat diminta dan dikenakan oleh Tok Bomoh, antaranya seperti :-

• Pesakit mesti menyembelih seekor ayam hitam, sepinggan pulut putih atau kuning dan sebiji telur dadar yang diletakkan di atas pulut tersebut.
• Melepaskan ayam hitam di tepi hutan dengan niat tertentu
• Mandi di kolah masjid tertentu sebanyak 3 atau 7 kali
• Membuat kenduri aruah dan di antara persiapannya ialah kemian yang di bakar, pulut kuning dan lain-lain kuih muih dan sebagainya.

Apabila seseorang itu yakin dan mempercayai serta beriqtikad bahawa tok-tok Bomoh atau doktor-doktor itulah yang menyembuhkan penyakit dengan ikhtiar dan usaha mereka atau melalui ubat-ubatan dan jampi-jampian mereka yang memberi bekas dalam menyembuhkan penyakit itu, ini bererti dia telah menyediakan dirinya jatuh kedalam murtad, kerana ia telah berpegang teguh dengan keyakinan tersebut sehingga menjadi satu ittikad bahawa sebab beradat yang Allah telah datangkan itu memberi bekas dalam menghasilkan sesuatu.

gangguan Jin

gangguan Jin

Santau Mistik

Santau Mistik

Terkena Sihir

Terkena Sihir

Sample Text

*Adakah anda sering merasakan sakit pada bahagian tertentu yang tidak terkesan secara medik dan tidak sembuh-sembuh?
*Andakah anda sering mendengar bisikan-bisikan aneh atau sering menyaksikan/melihat kejadian-kejadian aneh?
*Adakah anda sering mudah emosi,cepat tersinggung,sensitif dan malas beribadah?
*Adakah anda sering mengalami mimpi buruk dan mimpi bertemu dengan binatang?
*Adakah anda sering "tertindih" pada waktu tidur dan mengalami sesak nafas?
*Adakah anda sering berasa was-was dan pening kepala?

Saka Keturunan

Saka Keturunan

Sample text

Kami turut menyediakan:
>Konsultasi Ruqyah
>Terapi Ruqyah Syar'iyyah
>Ruqyah Perseorangan
>Ruqyah Massal(Beramai-ramai)
>Ruqyah Tempat atau rumah

Rawatan Histeri/Kerasukan/Kesurupan

Fenomena Histeria
>Sesi Persekolahan terpaksa ditunda akibat sekumpulan pelajar mengalami histeria.
>Semakin dirawat semakin menjadi jadi histeria.
>Ketakutan membelenggu setiap penghuni asrama.
>Melihat bayangan yang menakutkan setiap malam.
>Terdengar suara suara aneh setiap kali ingin mengulangkaji pelajaran.
>Keletihan akibat kurang tidur, setiap malam tidur sentiasa diganggu.
>Setiap kali guru bertanya soalan dada saya berdebar, ketakutan tapi tiada apa yang saya takutkan.
>Saya sering menangis tetapi tidak ada apa yang saya sedihkan.
Akibatnya saya tidak mampu menumpukan pelajaran saya.Histeria merupakan sebuah fenomena yang menjadi trauma pada setiap pelajar, pekerja dan ibubapa merupakan sebuah bentuk penyakit psychology dan kerasukan makluk

Sihir

Sihir

Rawatan Santau

Tanda-tanda Terkena Santau:
Jika seseorang mengalami gejala-gejala berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:
• Batuk berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
• Istihadhah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
• Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kadang sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
• Sakit dan sesak nafas terutama waktu Maghrib.
• Lenguh seluruh anggota badan.
• Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
• Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
• Mimpi bahan-bahan miang seperti miang buluh dan ulat bulu. • Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu. • Mimpi kanak-kanak kecil seperti mimpi menyusukan kanak-kanak tersebut.
• Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
• Mimpi makan makanan yang kotor seperti bangkai dan babi.
• Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau bermimpi pergi ke tempat-tempat ibadat bukan Islam

Kesan-kesan Santau:
Antara kesan-kesan santau terhadap mangsa adalah seperti berikut:
• Boleh membawa maut dengan izin Allah S.W.T.
• Hilang daya ingatan.
• Kulit akan merekah serta keluar air dan nanah.
• Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali dengan penyabar bertukar menjadi panas baran.
• Badan menjadi bongkok akibat batuk berpanjangan.
• Badan menjadi licin disebabkan seluruh buluh di badan telah gugur.
• Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang sering terganggu.
• Terjadinya kanser dan ketumbuhan.
• Jika pesakit hamil akan mengalami keguguran.Berubatlah jika terdapat tanda-tanda di atas!

PERHATIAN:
Simptom terkena santau ialah perut terasa pedih,tekak terasa panas dan berpasir,sering bermimpi jatuh tempat tinggi,badan terasa miang gatal-gatal,batuk berpanjangan dan muntah darah dengan kerap.
Jika anda,ahli keluarga,teman dan sebagainya terkena santau,sila segera datang ke Pusat Rawatan Madinatul Asrar untuk rawatan.Insya Allah.

Rawatan Sihir

Definisi Sihir
Sihir adalah satu perbuatan hasad dengki dan sabotaj melibatkan bantuan jin dimana seseorang tersebut meminta bantuan daripada dukun ataupun pun meminta secara terus dengan syaitan untuk melaksanakan hajat buruk mereka. Sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah S.W.T. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah S.W.T. melarang manusia melakukannya.

Definisi ringkas ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misterius." Terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah sesuatu hakikat ( realiti ) dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan mukjizat inilah yang menjadi rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir'aun.

Jenis-jenis sihir adalah :--Sihir Rumahtangga/Perceraian-Sihir Pengasih/Guna-guna-Sihir Tipuan Pandangan/Silap Mata-Sihir Gila-Sihir Santau-Sihir Kelesuan Badan-Sihir Penyakit Anggota Badan-Sihir Penghalang Pernikahan

PERHATIAN:JIKA ANDA ATAU SESIAPAPUN YANG MENGALAMI MASALAH TERKENA SIHIR SEPERTI DI ATAS,SEGERALAH DATANG KE PUSAT RAWATAN MADINATUL ASRAR UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN.KAMI AKAN MEMBANTU ANDA!BARAKALLAHU LANA WA LAKUM.AAMIIN

Gejala Gangguan Jin Dan Kesannya Pada Manusia

TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR
1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.
2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
4. Mimpi yang sangat menyeramkan.
5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
8. Berperasaan sedih pada saat tidur.
9. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
10. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
11. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
12. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
13. Bermimpi melihat hantu.

TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA
1. Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
3. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
4. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.

MACAM-MACAM GANGGUAN JIN
1. Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
2. Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
3. Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.
4. Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.

Produk

CD Audio Ruqyah Syar'iyyah
Tunggukan kemunculannya........

PENGERTIAN RUQYAH

RUQYAH SYAR'IYYAH
Ruqyah Syar'iyyah ialah sebuah terapi berlandaskan syarak dengan cara pembacaan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa perlindungan yang bersumber dari Rasullullah SAW melalui hadis yang telah disepakati ulama tentang kesahihannya,yang dilakukan oleh seorang Muslim baik dengan tujuan penjagaan diri sendiri atau orang lain dari pengaruh jahat pandangan mata manusia dan jin,kerasukan,pengaruh sihir,gangguan kejiwaan,berbagai-bagai penyakit fizikal dan sebagainya ataupun dengan tujuan untuk perawatan dan penyembuhan bagi orang yang terkena salah satu dari gangguan penyakit tersebut.

RUQYAH SYIRQIAH
Ruqyah Syirqiah adalah mantera,jampi serapah atau doa-doa yang mengandungi unsur-unsur kemusyrikan dan diharamkan oleh syariat. Ruqyah Syirqiah ini pastinya akan mengundang jin dan syaitan sebagai pembantu. Orang yangmelakukannya akan mendapt laknat Allah serta dijauhkan daripada-Nya. Kebiasaannya orang yang mengamalkan cara rawatan ini adalah bomoh atau dukun.

Dikuasakan oleh Blogger.

Alamat:

Pusat Rawatan Madinatul Asrar(Co.No:75202)
No.1,Taman Sendayan Indah,Jalan Depo,93050 Petra Jaya,Kuching,Sarawak.Malaysia
Hp:0128802035(hotline)

Saka

Definisi:Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya. Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan diperturunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki.
Saka ialah satu amalan mewariskan jin secara turun temurun kepada salasilah keluarga dimana turunnya saka tersebut boleh secara upacara rasmi daripada usul ataupun secara automatik.Tanda-tanda orang itu bersaka ialah sakit ketika menziarahi orang meninggal,nyanyuk bila tua,terasa panas ditengkuk bila dibacakan ayat-ayat al quran,banyak penyakit genetik pada badan,boleh mengurut dan mengubat tanpa belajar,menerima amalan dari mimpi,menyimpan senjata-senjata lama seperti keris dan juga umur yang panjang serta liat menghadapi sakratul maut.

PERHATIAN:JIKA ANDA MENGALAMI MASALAH SAKA,SILA DAPATKAN RAWATAN SEGERA DI PUSAT RAWATAN MADINATUL ASRAR.

Tanda-tanda Terkena Sihir

Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
Badan terasa berat dan malas.
Sukar mendapat jodoh.
Badan terasa bisa-bisa.
Sakit ketika ziarah orang meninggal.
Sukar tidur malam.
Sakit pinggang tanpa sebab.
Sakit dada bila waktu asar keatas.
Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
Bermimpi di tempat tinggi.
Bermimpi di tempat yang kotor.
Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
Bayi kerap menangis.
Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
Malas beribadat.
Nyanyuk ketika usia lanjut.
Panas baran.
Sikap berubah secara mendadak.
Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
Suka melakukan tabiat buruk.
Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
Kerap keguguran.
Gagal melakukan hubungan kelamin.
Mengantuk bila dengar al-quran.
Bermimpi seram yang menakutkan.
Darah haid turun lebih 15 hari.
Batuk yang berpanjangan.
Selalu ditindih ketika tidur.
Kuat berangan.
Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
Nafsu seksual yang melampau.
Selalu melihat kelibat dirumah.
Terasa diri selalu diperhatikan.
Mandul.
Kerap mendengar sesuatu bisikan.
Melihat jin secara terus.Sakit mental atau gila.

Hujjah Syar'i Tentang Rawatan & Perubatan:

Hujjah Syar'i Tentang Rawatan & Perubatan:
“Tidaklah suatu musibah menimpa seseorang Muslim, kecuali Allah menghapuskan dengan musibah itu dosanya, hatta sekadar duri yang menusuknya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Marilah bersama-sama kita telusuri hukum at-tadawi (berubat) itu sendiri; apakah berubat hukumnya wajib, mandub (sunnah), mubah (harus) atau makruh? Agar kita dapat menetapkan hukum berdasarkan bukti yang nyata, maka harus dikaji dalil-dalil yang ada dalam masalah berubat.

“Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit , kecuali Dia menurunkan ubat baginya” (Riwayat Imam Bukhari)

“Setiap penyakit ada ubatnya. Maka jika ubat yang ada sesuai dengan penyakitnya, akan sembuhlah penyakit itu dengan seizin Allah” (Riwayat Imam Muslim)

Usamah bin Syuraik, dia berkata, “Aku pernah bersama Nabi, lalu datanglah orang-orang Badwi. Mereka berkata, ‘Wahai Rasulullah, bolehkah kami berubat?’ Maka Nabi menjawab: “Ya. Hai hamba-hamba Allah, berubatlah kalian, sebab sesungguhnya Allah Azza wa Jalla tidaklah menciptakan penyakit kecuali menciptakan pula ubat baginya..” (Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Hadis - hadis di atas mengandungi suatu pemberitahuan (ikhbar) bahawa Allah swt. telah menurunkan penyakit dan ubatnya, dan sesungguhnya bila ubat itu sesuai dengan penyakit tersebut maka akan sembuhlah penyakit itu dengan izin Allah. Tentulah orang yang berpengetahuan dalam bidang perubatan adalah yang mengetahui kaedah rawatan mengikut kesesuaiannya.

Seruan dalam hadis-hadis diatas adalah berbentuk perintah dan petunjuk. Perintah itu pula hanya memberi makna adanya tuntutan, dan tidak membawa makna adanya kewajiban kerana tiada perintah yang bersifat pasti (jazim). Bererti bahawa tuntutan berubat bukan perintah yang wajib. Terdapat juga hadis-hadis lain yang menunjukkan bolehnya (mubah) untuk tidak berubat, yang menafikan adanya perintah yang membawa hukum wajib pada dua hadis di atas.

“Akan masuk syurga dari kalangan umatku tujuh puluh ribu orang tanpa hisab.’ Para sahabat bertanya, ‘Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?’ Rasulullah menjawab, ‘Mereka itu adalah orang-orang yang tidak menggunakan dengan ruqyah (berubat dengan doa-doa), tidak bertathayyur (menyalahkan orang lain bila terkena kesialan/musibah), dan tidak menggunakan kay ( berubat dengan menempelkan besi panas pada penyakit). Dan kepada Tuhan merekalah orang-orang itu bertawakal” (Riwayat Imam Muslim)

Ibnu Abbas ra, dia berkata: “Perempuan hitam itu pernah datang kepada Nabi saw lalu berkata, ‘Sesungguhnya aku terkena penyakit sawan (epilepsy) dan sering tersingkap auratku (ketika aku diserang sawan). Berdoalah kepada Allah agar aku sembuh!’ Nabi saw berkata, ‘Jika kamu mahu (balasan yang baik), kamu bersabar dan akan mendapat syurga. Jika tidak mahu, aku akan berdoa kepada Allah agar Dia menyembuhkanmu.’ Perempuan itu berkata, ‘ Baiklah, aku akan bersabar,’ lalu dia berkata lagi, ‘Sesungguhnya auratku sering tersingkap (ketika sawanku berulang), maka berdoalah kepada Allah agar auratku tidak tersingkap.’ Maka Nabi berdoa untuknya” (Riwayat Imam Bukhari)

Dalam hadis yang kedua, Rasulullah telah memberikan pilihan kepada seorang perempuan hitam samada untuk bersabar terhadap penyakit sawan yang dideritainya dan dijanjikan syurga , atau menerima usaha Rasululah saw berdoa agar sembuh dari penyakit sawan. Semuanya ini menunjukkan kebolehan untuk tidak berubat.

Dengan demikian, dua hadis ini telah memalingkan perintah untuk berubat iaitu dari pengertian kepada hukum wajib. Namun kerana adanya penekanan yang kuat dari Rasulullah saw untuk berubat, maka kesimpulannya perintah untuk berubat yang terdapat dalam hadis-hadis itu hukumnya adalah sunnah (mandub).

Social Icons

WAKTU RAWATAN:
ISNIN HINGGA KHAMIS
SESSI PAGI
8.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAH HARI
SESSI PETANG
2.00 PETANG-6.00 PETANG
SESSI MALAM
8.00 MALAM-10.30 MALAM
JUMAAT
SESSI PAGI 8.00 PAGI-11.00 PAGI
SABTU HINGGA AHAD
8.00 PAGI-11.00 MALAM

Social Icons

Followers

About Me

Foto Saya
Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D
A.M) Uk,D.Sc(A.M)Uk,M.D(A.M)Uk Doctor Medicine Alternative Medicine) Doctor of Philosophy(United Kingdom) Grand Master of Inner Power Martial Arts Anugerah Agung Pengarah Pusat Rawatan Madinatul Asrar Consultant,Formulator& Founder of Universal Healing System E-mail: masterrizal9000@yahoo.com Website: www.AkademiMPSHaq.com www.ZonKekayaanAgung2u.com www.TerapiOtak4u.com Blog:http://terapirawatanspiritual.blogspot.com Handphone: 012 880 2035(hotline)
Lihat profil lengkap saya

Featured Posts

 

Blogger news

Blogroll

About