Pages

Jumaat, 25 Disember 2009

ZIKRUL MAUT(INGAT AKAN MATI)

ZIKRUL MAUT ( INGAT AKAN MATI )

Mengingati Mati

Dialog dengan Jin

Mati adalah sesuatu perkataan yang paling ditakuti oleh hampir setiap manusia. Setiap orang, juga binatang takut mati, kecuali beberapa manusia yang sudah putus asa dalam kehidupan ini, yang ingin segera mati.Wajar sekali kalau manusia takut mati, sebab mati bererti berpisah dengan segala yang ia miliki atau senangi, berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Berpisah dengan anak dan isteri serta kekasih. Berpisah dengan bapa atau ibu, berpisah dengan harta dan pangkat, berpisah dengan dunia dan segala isinya.

Semua orang takut mati, tetapi ada yang berlebihan sekali, ada pula yang takutnya itu sedikit sahaja, bahkan ada yang tak takut sama sekali, malah berani dan ingin mati. Ketakutan terhadap mati adalah kerana dua hal :-

• Kerana kurang atau tidak adanya pengetahuan kita tentang mati, keadaan mati dan keadaan selepas mati adalah gelap. Semua orang takut menempuh tempat yang gelap dan tidak diketahui.
• Kerana doa dan kesalahan yang sudah bertumpuk dan tidak bertaubat, sehingga mendengar kata mati sudah terbayang azab dan seksa yang diperolehinya akibat dosa dan kesalahan tadi.

Bagi orang cukup pengetahuan dan keyakinan terhadap hidup sesudah mati dan merasa dirinya tak pernah melakukan dosa dan kesalahan, maka baginya tak ada ketakutan terhadap mati malah ingin mati. Tetapi agama Islam melarang orang ingin cepat mati, agar dapat hidup melakukan kebaikan sebanyak-banyaknya. Dan kalau ingin hidup lama adalah dengan tujuan agar dapat semakin banyak melakukan kebaikan bukan pula untuk dapat lebih banyak menumpuk harta dan kekayaan atau keturunan.

Ada beberapa petunjuk Rasullullah s.a.w. untuk selalu zikrul maut (ingat akan mati) ini, antara lain :-

1. Perintah memperbanyak mengingati mati :

"Perbanyaklah mengingat-ingat sesuatu yang melenyapkan dan menjadikannya segala macam kelazatan (kematian)." ( Riwayat At-Turmudzi )

2. Mengingati kematian dapat melebur dosa dan zuhud :

"Perbanyaklah mengingati kematian, sebab yang demikian itu akan menghapus dosa dan menyebabkan timbulnya kezuhudan di dunia." ( Riwayat Ibnu Abiddunya )

3. Kematian sebagai penasihat pada diri sendiri :

"Cukuplah kematian itu sebagai penasihat." ( Riwayat Ath-Thabrani dan Baihaqy )

4. Orang cerdik ialah orang yang banyak mengingati mati :

"Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya uantuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat." ( Riwayat Ibnu Majah dan Abiddunya )

Agar selalu ingat kepada kematian perlu dilakukan perkara-perkara berikut :

1. Menyaksikan orang yang sedang sakaratul maut. Betapa dasyatnya dan menakutkan lebih-lebih kalau berdosa. Keadaan sakaratul maut ini digambarkan oleh Rasullullah dalam hadisnya yang bermaksud :

"Sakitnya sakaratul maut itu kira-kira tiga ratus sakitnya pukulan pedang." ( Riwayat Abiddunya ).Sesungguhnya Nabi s.a.w. mempunyai segelas air ketika hendak meninggal dunia. Baginda memasukkan tangannya ke dalam air, kemudian menghusap wajahnya dengan air itu dan berkata : "Ya Allah, semoga Tuhan mempermudah kepada saya terhadap sakaratul maut ini." ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

2. Mengunjungi orang sakit, sebab hujung dari penyakit ini tidak lain adalah kematian. Dari itu kita selalu waspada dan berhati-hati.

3. Melakukan ziarah kubur, sebagaimana sabda Rasullullah :

"Lakukanlah ziarah kubur kerana ia mengingatkan mati." ( Riwayat Muslim )

4. Merasakan diri selalu diawasi Allah s.w.t. dimana saja kita berada. Oleh dengan demikian sentiasalah beramal yang baik. Rasullullah s.a.w. bersabda :

"Seutama-utama iman seseorang itu ialah bahawa ia mengetahui dengan sungguh bahawa Allah s.w.t. itu ada bersama dengannya di manapun ia berada." ( Riwayat 'Ubadah bin Shamit )

5. Sedarilah bahawa perasaan kita sering disaksikan oleh anggota badan kita sendiri, yakni oleh lidah, tangan, kaki, kulit, telinga, mata dan hati. Hal ini difahamkan Allah dalam Al-Qur'an yang bermaksud :

"Pada hari (ketika) lidah tangan dan kaki mereka menyaksikan atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan." ( An-Nur: 24 )

6. Begitu pula agar disedari bahawa perasaan kita selalu disaksikan. Dilihat dan diikuti oleh siang dan malam bumi tempat kita berpijak, langit serta malaikat Raqib dan Atib dan malaikat-malaikat lainnya. Allah s.w.t. berfirman :

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan hatinya. Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat nadi lehernya sendiri. Ketika dua malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain di sebelah kiri, tiada sesuatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir." ( Qaf: 16-18 )

"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran dimuka dan dibelakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah." ( Ar-Ra'd: 11). (Malaikat ini disebut malaikat Hafazhad)

Sebagaimana disebutkan di atas bahawa mati adalah satu kejadian yang paling berat, paling menakutkan dan paling mengerikan. Satu kejadian yang pasti akan dihadapi dan dialami oleh setiap manusia, atau kejadian yang tak dapat dihindari dengan cara bagaimanapun juga. Para Nabi dan Rasul, jin dan malaikat sekalipun tidak dapat menghindari diri dari kematian ini.

Dalam Al-Qur'an Allah s.w.t. menjelaskan :

1. Kepastian tentang mati :
2. Kematian itu datang sesuai dengan ajal yang telah ditetapkan ke atas mereka (manusia).
3. Kemana saja manusia pergi/berlari kematian tetap akan mengejarnya.
4. Kematian datang tanpa pilih umur, tanpa pilih waktu dan tempat.
5. Cara mati : Rasullullah s.a.w. bersabda :
Apabila telah tiba hukum Allah kepada seorang hamba untuk mati dan dikuburkan pada suatu tanah, Allah mengadakan suatu keperluan baginya untuk pergi ke tempat itu (sehingga mati dan dikuburkan pada tanah di situ)." ( Riwayat At-Turmudzi )

BERDIALOG DENGAN JIN

CONTOH PERTAMA

Percakapan antara Syeikh Wahid Abdul Salam dengan jin yang pernah masuk ke dalam tubuh seseorang.

SYEIKH : Siapakah namamu?
JIN : Syeikh Muhammad.
SYEIKH : Mengapa kamu masuk ke dalam tubuh perempuan ini?
JIN : Kerana dia memijakku di bilik mandi.
SYEIKH : Tinggalkanlah dia demi ketaatan mu kepada Allah.
JIN : Tidak, saya tidak mahu meninggalkannya.
SYEIKH : Jika kamu tidak mahu meninggalkannya, maka dengarkanlah, ( Lalu Syeikh itu membacakan awal Surah As-Shaffat hingga jin itu merasa sakit serta menangis dan berkata ) "Saya akan keluar dari tubuh wanita ini".
SYEIKH : Keluarlah kamu sekarang. Akan tetapi jin itu berbohong.
SYEIKH : Kalau kamu tidak juga mahu keluar, maka dengarkanlah! Lalu saya membaca untuknya awal dari surah Al-Jin.
JIN : Baiklah aku akn keluar.
SYEIKH : Setelah mengucapkan Assalamu'alaikum, jin itupun keluar. Segala puji untuk-Mu ya Allah.

CONTOH KEDUA

Seorang perempuan sakit pernah datang kepada Syeikh, lalu Syeikh membacakan kepadanya Surah Al-Fatihah, tidak lama selepas itu, jin yang menganggunya itupun datang.

SYEIKH : Siapakah namamu?
JIN : Namaku Muhammad.
SYEIKH : Saya adalah seorang Muslim.
JIN : Saya juga Muslim.
SYEIKH : Adakah jin yang lain yang bersama denganmu dalam tubuh perempuan ini?
JIN : Bersama denganku ada jin yang beragama Nasrani namanya Subhi.
SYEIKH : Suruh dia datang, aku ingin berbicara dengannya. Kemudian jin itu memanggilkan jin yang bernama Subhi.
SYEIKH : Siapakah Namamu?
JIN : Namaku Subhi
SYEIKH : Apakah kamu beragama Islam?
JIN : Tidak, saya adalah seorang Kristian.
SYEIKH : Berapa umurmu?
JIN : 18 Tahun
SYEIKH : Apakah kamu bekerja dengan tukang sihir?
JIN : Ya, saya bekerja dengan seorang perempuan tukang sihir dari daerah Dasuq.
SYEIKH : Lalu saya menawarkan kepadanya supaya dia masuk ke dalam agama Islam, lalu dengan kerelaan hatinya dia mahu masuk Islam.
SYEIKH : Apakah kamu masuk ke dalam agama Islam ini betul-betul dari lubuk hatimu ataukah hanya sekadar dengan lidahmu?
JIN : Dari lubuk hatiku. ( Sambil menangis ): Akan tetapi saya telah banyak menyakiti orang.
SYEIKH : Mudah-mudahan Allah akan mengampunimu. Oleh kerana itu, bertaubatlah kamu dengan sebenar-benar taubat.
JIN : Akan tetapi saya tidak pandai berwhuduk dan solat.
SYEIKH : Apakah kamu kenal dengan jin yang beragama Islam?
JIN : Saya tidak mengetahuinya kecuali yang saya tahu hanya jin yang beragama Kristian dan gereja sahaja.
SYEIKH : Kamu boleh datang ke masjid tempat kami solat, kemudian kerjakanlah solat bersama kami dan berkenalan dengan saudara-maramu dari jin Mukmin dan belajarlah perkara agama daripadanya.
SYEIKH : Apakah kamu masih akan tetap bekerja dengan tukang sihir itu?
JIN : Tidak, kerana agama Islam melarang berbuat demikian
SYEIKH : Kemudian jin yang telah masuk Islam itupun berjanji kepada Allah dan keluar dari tubuh perempuan itu. Semoga Allah akan menguatkan agama Islam yang telah dipeluknya. Selepas itu jin yang bernama Muhammad datang dan aku tanyakan kepadanya: Apakah kamu mendengar peritiwa yang baru saja terjadi?
JIN : Ya, saya mendengarkannya.
SYEIKH : Bagaimana perasaanmu?
JIN : Sangat senang, kerana dia telah masuk ke dalam agama Islam.
SYEIKH : Selepas itu jin bernama Muhammad tersebut berjanji kepada Allah dan tak lama kemudian ia pun keluar dari tubuh perempuan itu. Semuanya ini hanyalah kurnia dari Allah.

CONTOH KETIGA

Datang seorang perempuan kepada Syeikh dalam keadaan mengeluh kerana rasa sakit di badannya. Setelah Syeikh memeriksanya ternyata dalam tubuh wanita tersebut ada jin, lalu Syeikh membacakan ayat-ayat sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu, maka datanglah jin yang bernama Zainab Abdul Maujud, maka terjadilah percakapan antara Syeikh dengan jin itu :

SYEIKH : Apakah agamamu?
JIN : Islam.
SYEIKH : Apakah bacaan Al-Qur'an dapat berpengaruh terhadap jin yang beragama Islam?
JIN : Ya.
SYEIKH : Surah-surah apakah yang dapat berpengaruh kepada jin?
JIN : Sebagaimana surah-surah yang kau perintahkan untuk membacanya, iaitu surah Yasin, Ad-Dukan, As-Shaffat dan Al-Jin.
SYEIKH : Bagaimana dengan surah Al-Baqarah?
JIN : Juga sangat besar pengaruhnya, bahkan membakarnya.
SYEIKH : Apakah perempuan yang kamu masuki ini membaca ayat-ayat Al-Qur'an tersebut?
JIN : Ya, setelah dia mengerjakan amalan-amalan tersebut saya pun menjadi lemah hingga saya merasa kesakitan, dia juga membaca doa ketika makan, sehingga saya tidak dapat makan bersamanya. Jika ia lupa membacanya pada waktu dia akan makan, dia membaca: "Bismillahi awwalihi wa akhiri", lalu saya memuntahkannya kembali apa yang telah saya makan.
SYEIKH : Apakah perbezaannya antara jin dan syaitan?
JIN : Syaitan juga adalah jin akan tetapi dia kafir dan membangkang. Selepas itu jin itu berkata: Lepaskan aku!
SYEIKH : Dari manakah kamu akan keluar?
JIN : Dari mulut perempuan ini.
SYEIKH : Sambil mengucapkan "Assalamu'alaikum" jin itupun pergi. Semuanya ini adalah kurnia dari Allah SWT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

gangguan Jin

gangguan Jin

Santau Mistik

Santau Mistik

Terkena Sihir

Terkena Sihir

Sample Text

*Adakah anda sering merasakan sakit pada bahagian tertentu yang tidak terkesan secara medik dan tidak sembuh-sembuh?
*Andakah anda sering mendengar bisikan-bisikan aneh atau sering menyaksikan/melihat kejadian-kejadian aneh?
*Adakah anda sering mudah emosi,cepat tersinggung,sensitif dan malas beribadah?
*Adakah anda sering mengalami mimpi buruk dan mimpi bertemu dengan binatang?
*Adakah anda sering "tertindih" pada waktu tidur dan mengalami sesak nafas?
*Adakah anda sering berasa was-was dan pening kepala?

Saka Keturunan

Saka Keturunan

Sample text

Kami turut menyediakan:
>Konsultasi Ruqyah
>Terapi Ruqyah Syar'iyyah
>Ruqyah Perseorangan
>Ruqyah Massal(Beramai-ramai)
>Ruqyah Tempat atau rumah

Rawatan Histeri/Kerasukan/Kesurupan

Fenomena Histeria
>Sesi Persekolahan terpaksa ditunda akibat sekumpulan pelajar mengalami histeria.
>Semakin dirawat semakin menjadi jadi histeria.
>Ketakutan membelenggu setiap penghuni asrama.
>Melihat bayangan yang menakutkan setiap malam.
>Terdengar suara suara aneh setiap kali ingin mengulangkaji pelajaran.
>Keletihan akibat kurang tidur, setiap malam tidur sentiasa diganggu.
>Setiap kali guru bertanya soalan dada saya berdebar, ketakutan tapi tiada apa yang saya takutkan.
>Saya sering menangis tetapi tidak ada apa yang saya sedihkan.
Akibatnya saya tidak mampu menumpukan pelajaran saya.Histeria merupakan sebuah fenomena yang menjadi trauma pada setiap pelajar, pekerja dan ibubapa merupakan sebuah bentuk penyakit psychology dan kerasukan makluk

Sihir

Sihir

Rawatan Santau

Tanda-tanda Terkena Santau:
Jika seseorang mengalami gejala-gejala berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:
• Batuk berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
• Istihadhah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
• Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kadang sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
• Sakit dan sesak nafas terutama waktu Maghrib.
• Lenguh seluruh anggota badan.
• Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
• Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
• Mimpi bahan-bahan miang seperti miang buluh dan ulat bulu. • Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu. • Mimpi kanak-kanak kecil seperti mimpi menyusukan kanak-kanak tersebut.
• Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
• Mimpi makan makanan yang kotor seperti bangkai dan babi.
• Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau bermimpi pergi ke tempat-tempat ibadat bukan Islam

Kesan-kesan Santau:
Antara kesan-kesan santau terhadap mangsa adalah seperti berikut:
• Boleh membawa maut dengan izin Allah S.W.T.
• Hilang daya ingatan.
• Kulit akan merekah serta keluar air dan nanah.
• Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali dengan penyabar bertukar menjadi panas baran.
• Badan menjadi bongkok akibat batuk berpanjangan.
• Badan menjadi licin disebabkan seluruh buluh di badan telah gugur.
• Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang sering terganggu.
• Terjadinya kanser dan ketumbuhan.
• Jika pesakit hamil akan mengalami keguguran.Berubatlah jika terdapat tanda-tanda di atas!

PERHATIAN:
Simptom terkena santau ialah perut terasa pedih,tekak terasa panas dan berpasir,sering bermimpi jatuh tempat tinggi,badan terasa miang gatal-gatal,batuk berpanjangan dan muntah darah dengan kerap.
Jika anda,ahli keluarga,teman dan sebagainya terkena santau,sila segera datang ke Pusat Rawatan Madinatul Asrar untuk rawatan.Insya Allah.

Rawatan Sihir

Definisi Sihir
Sihir adalah satu perbuatan hasad dengki dan sabotaj melibatkan bantuan jin dimana seseorang tersebut meminta bantuan daripada dukun ataupun pun meminta secara terus dengan syaitan untuk melaksanakan hajat buruk mereka. Sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah S.W.T. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah S.W.T. melarang manusia melakukannya.

Definisi ringkas ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misterius." Terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah sesuatu hakikat ( realiti ) dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan mukjizat inilah yang menjadi rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir'aun.

Jenis-jenis sihir adalah :--Sihir Rumahtangga/Perceraian-Sihir Pengasih/Guna-guna-Sihir Tipuan Pandangan/Silap Mata-Sihir Gila-Sihir Santau-Sihir Kelesuan Badan-Sihir Penyakit Anggota Badan-Sihir Penghalang Pernikahan

PERHATIAN:JIKA ANDA ATAU SESIAPAPUN YANG MENGALAMI MASALAH TERKENA SIHIR SEPERTI DI ATAS,SEGERALAH DATANG KE PUSAT RAWATAN MADINATUL ASRAR UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN.KAMI AKAN MEMBANTU ANDA!BARAKALLAHU LANA WA LAKUM.AAMIIN

Gejala Gangguan Jin Dan Kesannya Pada Manusia

TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR
1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.
2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
4. Mimpi yang sangat menyeramkan.
5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
8. Berperasaan sedih pada saat tidur.
9. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
10. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
11. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
12. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
13. Bermimpi melihat hantu.

TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA
1. Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
3. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
4. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.

MACAM-MACAM GANGGUAN JIN
1. Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
2. Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
3. Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.
4. Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.

Produk

CD Audio Ruqyah Syar'iyyah
Tunggukan kemunculannya........

PENGERTIAN RUQYAH

RUQYAH SYAR'IYYAH
Ruqyah Syar'iyyah ialah sebuah terapi berlandaskan syarak dengan cara pembacaan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa perlindungan yang bersumber dari Rasullullah SAW melalui hadis yang telah disepakati ulama tentang kesahihannya,yang dilakukan oleh seorang Muslim baik dengan tujuan penjagaan diri sendiri atau orang lain dari pengaruh jahat pandangan mata manusia dan jin,kerasukan,pengaruh sihir,gangguan kejiwaan,berbagai-bagai penyakit fizikal dan sebagainya ataupun dengan tujuan untuk perawatan dan penyembuhan bagi orang yang terkena salah satu dari gangguan penyakit tersebut.

RUQYAH SYIRQIAH
Ruqyah Syirqiah adalah mantera,jampi serapah atau doa-doa yang mengandungi unsur-unsur kemusyrikan dan diharamkan oleh syariat. Ruqyah Syirqiah ini pastinya akan mengundang jin dan syaitan sebagai pembantu. Orang yangmelakukannya akan mendapt laknat Allah serta dijauhkan daripada-Nya. Kebiasaannya orang yang mengamalkan cara rawatan ini adalah bomoh atau dukun.

Dikuasakan oleh Blogger.

Alamat:

Pusat Rawatan Madinatul Asrar(Co.No:75202)
No.1,Taman Sendayan Indah,Jalan Depo,93050 Petra Jaya,Kuching,Sarawak.Malaysia
Hp:0128802035(hotline)

Saka

Definisi:Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya. Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan diperturunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki.
Saka ialah satu amalan mewariskan jin secara turun temurun kepada salasilah keluarga dimana turunnya saka tersebut boleh secara upacara rasmi daripada usul ataupun secara automatik.Tanda-tanda orang itu bersaka ialah sakit ketika menziarahi orang meninggal,nyanyuk bila tua,terasa panas ditengkuk bila dibacakan ayat-ayat al quran,banyak penyakit genetik pada badan,boleh mengurut dan mengubat tanpa belajar,menerima amalan dari mimpi,menyimpan senjata-senjata lama seperti keris dan juga umur yang panjang serta liat menghadapi sakratul maut.

PERHATIAN:JIKA ANDA MENGALAMI MASALAH SAKA,SILA DAPATKAN RAWATAN SEGERA DI PUSAT RAWATAN MADINATUL ASRAR.

Tanda-tanda Terkena Sihir

Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
Badan terasa berat dan malas.
Sukar mendapat jodoh.
Badan terasa bisa-bisa.
Sakit ketika ziarah orang meninggal.
Sukar tidur malam.
Sakit pinggang tanpa sebab.
Sakit dada bila waktu asar keatas.
Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
Bermimpi di tempat tinggi.
Bermimpi di tempat yang kotor.
Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
Bayi kerap menangis.
Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
Malas beribadat.
Nyanyuk ketika usia lanjut.
Panas baran.
Sikap berubah secara mendadak.
Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
Suka melakukan tabiat buruk.
Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
Kerap keguguran.
Gagal melakukan hubungan kelamin.
Mengantuk bila dengar al-quran.
Bermimpi seram yang menakutkan.
Darah haid turun lebih 15 hari.
Batuk yang berpanjangan.
Selalu ditindih ketika tidur.
Kuat berangan.
Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
Nafsu seksual yang melampau.
Selalu melihat kelibat dirumah.
Terasa diri selalu diperhatikan.
Mandul.
Kerap mendengar sesuatu bisikan.
Melihat jin secara terus.Sakit mental atau gila.

Hujjah Syar'i Tentang Rawatan & Perubatan:

Hujjah Syar'i Tentang Rawatan & Perubatan:
“Tidaklah suatu musibah menimpa seseorang Muslim, kecuali Allah menghapuskan dengan musibah itu dosanya, hatta sekadar duri yang menusuknya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Marilah bersama-sama kita telusuri hukum at-tadawi (berubat) itu sendiri; apakah berubat hukumnya wajib, mandub (sunnah), mubah (harus) atau makruh? Agar kita dapat menetapkan hukum berdasarkan bukti yang nyata, maka harus dikaji dalil-dalil yang ada dalam masalah berubat.

“Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit , kecuali Dia menurunkan ubat baginya” (Riwayat Imam Bukhari)

“Setiap penyakit ada ubatnya. Maka jika ubat yang ada sesuai dengan penyakitnya, akan sembuhlah penyakit itu dengan seizin Allah” (Riwayat Imam Muslim)

Usamah bin Syuraik, dia berkata, “Aku pernah bersama Nabi, lalu datanglah orang-orang Badwi. Mereka berkata, ‘Wahai Rasulullah, bolehkah kami berubat?’ Maka Nabi menjawab: “Ya. Hai hamba-hamba Allah, berubatlah kalian, sebab sesungguhnya Allah Azza wa Jalla tidaklah menciptakan penyakit kecuali menciptakan pula ubat baginya..” (Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Hadis - hadis di atas mengandungi suatu pemberitahuan (ikhbar) bahawa Allah swt. telah menurunkan penyakit dan ubatnya, dan sesungguhnya bila ubat itu sesuai dengan penyakit tersebut maka akan sembuhlah penyakit itu dengan izin Allah. Tentulah orang yang berpengetahuan dalam bidang perubatan adalah yang mengetahui kaedah rawatan mengikut kesesuaiannya.

Seruan dalam hadis-hadis diatas adalah berbentuk perintah dan petunjuk. Perintah itu pula hanya memberi makna adanya tuntutan, dan tidak membawa makna adanya kewajiban kerana tiada perintah yang bersifat pasti (jazim). Bererti bahawa tuntutan berubat bukan perintah yang wajib. Terdapat juga hadis-hadis lain yang menunjukkan bolehnya (mubah) untuk tidak berubat, yang menafikan adanya perintah yang membawa hukum wajib pada dua hadis di atas.

“Akan masuk syurga dari kalangan umatku tujuh puluh ribu orang tanpa hisab.’ Para sahabat bertanya, ‘Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?’ Rasulullah menjawab, ‘Mereka itu adalah orang-orang yang tidak menggunakan dengan ruqyah (berubat dengan doa-doa), tidak bertathayyur (menyalahkan orang lain bila terkena kesialan/musibah), dan tidak menggunakan kay ( berubat dengan menempelkan besi panas pada penyakit). Dan kepada Tuhan merekalah orang-orang itu bertawakal” (Riwayat Imam Muslim)

Ibnu Abbas ra, dia berkata: “Perempuan hitam itu pernah datang kepada Nabi saw lalu berkata, ‘Sesungguhnya aku terkena penyakit sawan (epilepsy) dan sering tersingkap auratku (ketika aku diserang sawan). Berdoalah kepada Allah agar aku sembuh!’ Nabi saw berkata, ‘Jika kamu mahu (balasan yang baik), kamu bersabar dan akan mendapat syurga. Jika tidak mahu, aku akan berdoa kepada Allah agar Dia menyembuhkanmu.’ Perempuan itu berkata, ‘ Baiklah, aku akan bersabar,’ lalu dia berkata lagi, ‘Sesungguhnya auratku sering tersingkap (ketika sawanku berulang), maka berdoalah kepada Allah agar auratku tidak tersingkap.’ Maka Nabi berdoa untuknya” (Riwayat Imam Bukhari)

Dalam hadis yang kedua, Rasulullah telah memberikan pilihan kepada seorang perempuan hitam samada untuk bersabar terhadap penyakit sawan yang dideritainya dan dijanjikan syurga , atau menerima usaha Rasululah saw berdoa agar sembuh dari penyakit sawan. Semuanya ini menunjukkan kebolehan untuk tidak berubat.

Dengan demikian, dua hadis ini telah memalingkan perintah untuk berubat iaitu dari pengertian kepada hukum wajib. Namun kerana adanya penekanan yang kuat dari Rasulullah saw untuk berubat, maka kesimpulannya perintah untuk berubat yang terdapat dalam hadis-hadis itu hukumnya adalah sunnah (mandub).

Social Icons

WAKTU RAWATAN:
ISNIN HINGGA KHAMIS
SESSI PAGI
8.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAH HARI
SESSI PETANG
2.00 PETANG-6.00 PETANG
SESSI MALAM
8.00 MALAM-10.30 MALAM
JUMAAT
SESSI PAGI 8.00 PAGI-11.00 PAGI
SABTU HINGGA AHAD
8.00 PAGI-11.00 MALAM

Social Icons

Followers

About Me

Foto Saya
Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D
A.M) Uk,D.Sc(A.M)Uk,M.D(A.M)Uk Doctor Medicine Alternative Medicine) Doctor of Philosophy(United Kingdom) Grand Master of Inner Power Martial Arts Anugerah Agung Pengarah Pusat Rawatan Madinatul Asrar Consultant,Formulator& Founder of Universal Healing System E-mail: masterrizal9000@yahoo.com Website: www.AkademiMPSHaq.com www.ZonKekayaanAgung2u.com www.TerapiOtak4u.com Blog:http://terapirawatanspiritual.blogspot.com Handphone: 012 880 2035(hotline)
Lihat profil lengkap saya

Featured Posts

 

Blogger news

Blogroll

About